1 comments

KOLEKSI MUTIARA KATA MENARIK DAN INDAH

KOLEKSI MUTIARA KATA MENARIK DAN INDAH.jpg

KOLEKSI MUTIARA KATA MENARIK DAN INDAH

Mutiara kata adalah perlu dan penting kepada kita semua. Mutiara kata yang bermanfaat dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam kehidupan seharian kita. Keindahan katanya mampu memberi pedoman dan renungan terhadap mereka yang begitu menghayati dan menjiwainya.. Ianya tidak hanya dihayati oleh seseorang yang berhati lembut @ jiwang, malah juga mereka berjiwa keras. Juga tidak terbatas dengan ukuran umur. Dek kerana mutiara kata serta ayat-ayat motivasi dapat mematangkan seseorang itu.

Mutiara kata ini dikongsikan dalam banyak katogeri, sama ada nasihat, renungan, cinta, motivasi, teguran dan juga muhasabah diri. Ia disampaikan dalam bahasa yang menarik dan indah.

Baiklah, di sini Infokini akan kongsikan beberapa patah ayat-ayat atau mutiara kata yang menarik dan indah serta motivasi untuk dijadikan santapan buat semua untuk mencari kekuatan diri dalam kehidupan seharian.

Koleksi Mutiara Kata Menarik dan Indah serta ayat motivasi

1 ] Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

2 ] Hebat seseorang kerana mampu mengawal marahnya saat hati sedang dilukai. Mengalah bukan bermakna seseorang itu lemah. Itu kerana dia mengalah untuk menang.

3 ] Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.

4 ]  Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.

5 ] Jika ingin mimpi menjadi kenyataan.. kamu perlu bangkit dari lenamu.

6 ] 1000 batang mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selamanya, tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

7 ] Bila nak buat benda baik, banyak saja halangannya.. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa.

8 ] Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bersyukurlah kerana kita  masih dapat meneruskan kehidupan.

9 ] Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. fikikan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

10 ] Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang,belum tentu ia kematangan sebenar-benarnya.

11 ] Tak perlu kisah orang pandang rendah,  apa yang penting cita-cita dan usaha kita tinggi.

12 ] Orang yang hebat asalnya tidaklah sehebat mana..

13 ] Seseorang yang tidak berputus asa amat sukar untuk ditewaskan.

14 ] Orang berjaya tidak akan mengalah. Orang yang mengalah tidak akan berjaya.

15 ] Orang yang biasa boleh jadi luar biasa hebat, bila tidak berputus asa walau berbagai rintangan.

16 ] Janganlah sering berandai-andai dengan segala yang berlaku. Redhalah dengan ketentuan, bersyukurlah dengan pemberian, sabarlah dengan dugaan, tetaplah dalam pengharapan, kerana Allah maha pengasih maha penyayang.

17 ] Dalam setiap masalah ada terdapat peluang. Anda perlu melihatnya !

18 ] Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan. Lakukannya sekarang !

19 ] Ambil langkah pertama walaupun belum dapat melihat langkah seterusnya.

20 ] Kesusahan hari ini adalah kesenangan hari esok !

21 ] Kata-kata negatif adalah racun. Abaikan !

22 ] Kalau jatuh 9 kali, bangun 10 kali. Itulah rahsia kejayaan.

23 ] Jangan jadi sama saja… jadikan lebih baik lagi.

24 ] Jangan berhenti ! kerana mungkin kejayaan itu hanya sedikit sahaja lagi.

25 ] Jangan dihina dan dikeji kehidupan seseoran itu kerana boleh jadi suatu saat nanti kita memerlukan bantuannya kerana hidup ini sentiasa berputar.

26 ] Biar nampak papa tapi berduit, dari nampak berada tapi poket kosong.

27 ] Meninggi jangan sampai lupa diri, merendah jangan sampai hilang maruah.

28 ] Berusahalah tanpa suara… kerana kejayaan yang akan war-warkannya.

29 ] Kekadang Allah pisahkan kita dengan pasangan kita untuk memberikan jodoh yang sebenar ditetapkan-Nya.

30 ] Biar susah asal bahagia… Jangan senang tapi sengsara.. Biar rindu asal tak jemu.. Biar berjauhan tiada perbalahan. Jangan disisi tapi tak serasi.

31 ] Semua akan menjadi kenangan. Ukirlah kenangan terindah saat kita sedang laluinya.

32 ] Genggam erat apa yang sedang anda miliki sekarang, kerana yang akan datang takkan sama lagi..

33 ] Sejauh mana pun kaki tersasar… ingatlah Allah sentiasa anda bersama kita. Dia tunggu… Dia rindu…!

34 ] Apabila menunda amal soleh, bererti kita sedang menunda kejayaan dan kebahagiaan.

35 ] Kehidupan ibarat ais krim. Nikmatilah sebelum ianya cair.

36 ] Hidup ini ibarat putaran bumi, sentiasa berputar, tiada upaya kita untuk mengundurkan, mempercepatkan atau melambatkan putarannya.

37 ] Pakar IT berkata…Hati Perempuan Macam WIFI, hanya orang yang ada PASSWORD saja boleh membukanya.. Hati lelaki pula macam BLUETOOTH, bila dekat dia sentiasa CONNECT. Tapi bila berjauhan dia akan TRY TO SEARCH A NEW DEVICE..

38 ] “Bola kalau tak nak masuk, buatlah macam mana sekalipun, tak kan masuk jugak.Tapi kalau nak masuk, guna lutut pun boleh masuk.” – Ehmet Fekri Seereni ( Perpatah bola sepak )

39 ] Dompetku bagai bawang merah. Tiap kali ku buka selalu bikin aku mengalir air mata..

40 ] “Apabila anda mempunyai wawasan yang jelas, anda tidak mempunyai masa untuk mengambil sarapan pagi.” – Bill Gates.

Setiap kata kata itu adalah doa.. kalau berkata baik, maka baiklah yang berlaku..Kalau berkata buruk, maka buruklah yang akan berlaku..

Ok cukuplah setakat ini sahaja.. dah penat infokini menaip. Jika anda mahukan Mutiara kata atau ayat-ayat motivasi lebih banyak boleh ke sini LINK …. 

Infokini

One Response

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close