no comments

Kɛmatian Bob Lokman Yang Dicemburui, Benarkah Meninggal Hari Jumaat Itu Baik?

Perginya seniman tanah air ,penulis lirik, pelakon dan pelawak Bob Lokman pada tanggal hari Jumaat 23 September amat mengejutkan kita semua.

Beliau merupakan antara seniman yang berpengaruh dalam menghasilkan karya-karya seni yang menjadi memori sehingga ke hari ini. Menurut sumber dari Keluarga almarhum, beliau mengalami komplikasi jantung dan disahkan mɛninggal dunia pada jam 3.00 petang Jumaat.

Hal ini sekaligus menjadi berita sedih buat rakyat Malaysia seluruhnya kerana insan ini amat dikenali dan menjadi contoh seniman yang baik. Ini kerana beliau sering menjalankan kerja dakwah untuk menyedarkan masyarakat akan ingatan untuk kembali hidup dalam ketakwaan.

Paling menghibakan kita apabila, hari kemἀtian beliau adalah pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang penuh barokah. Di hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doanya oleh Allah S.W.T.

Kali ini, penulis suka untuk berkongsi kepada anda beberapa kelebihan mɛninggal di hari Jumaat dan adakah ianya benar berdasarkan sumber ilmiah?

Dari sumber mufti wilayah persekutuan, ini adalah berdasarkan hadis -hadis dalam beberapa kategori, berikut antara 4 hadis yang sering dibacakan.

  • Hadith Pertama: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ يَوْمَ الجُمُعَةِ أو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ القَبْرِ

Mẚksudnya: “Barangsiapa yang mἀti pada hari Jumẚat atau malam Jumaat akan dibebẚskan daripẚda fitnah (azẚb) kubur”. [Musnad Ahmad, no. Hadith 6359]

  • Hadith Kedua: Diriwayatkẚn oleh Abdullah bin Amr RA, bahawẚ Nabi SAW bersẚbda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnyẚ: “Tidak ada seorang muslim yẚng mἀti pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkẚn dibebaskan oleh Allah SWT daripẚda fitnah (azab) kubur”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 994]

  • Hadith Ketiga: Diriwayatkẚn oleh Jabir bin Abdillah RA, bahẚwa Nabi SAW bersẚbda:

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mἀti pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”. [Hilyah al-Awliya’, 3:181]

  • Hadith Keempat: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَاتَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَتَهَا غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mἀti pada hari Jumaat atau malamnya diampunkan (dosa) baginya”. [Mizan al-I’tidal, 4:299]

Baca ulasan sehingga habis ya sebelum membuat kesimpulan…

Keempat-empat hadis di atas ada ulasannya, dan penulis cuba ringkaskan dalam bentuk yang lebih mudah anda fahami.

Hadis yang pertama adalah bersifat hasan, dan sanadnya agak lemah

Hadis yang kedua pula adalah bersifat gharib atau ganjil , ia juga dianggap dhaif

Hadis yang ketiga juga agak lemah dan bersifat dhaif manakala

Hadis yang keempat diriwayatkan sebagai mungkar

Jadi, adakah benar kelebihan meninggal hari jumaat yang kita ketahui sebelum ini?

hasil dari pendedahan ini, dari sumber laman mufti wilayah persekutuan, para ilmuan lebih cenderung kepada mengatakan , tiada hadis sahih yang menceritakan kelebihan orang yang meninggal pada hari jumaat atau malam jumaat, namun ianya adalah tetap dianggap husnul khatimah atau pengakhiran kehidupan yang baik.

Dalam nas-nas dan mafhum yang banyak, kemἀtian pada hari jumaat adalah berpandukan kepada beberapa syarat iaitu

  1. Mἀti dalam keadaan seorang islam
  2. Mἀti dalam keadaan beriman
  3. Tidak mἀti dalam keadaan melakukan dosa maksiat.

Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari kerana terciptanya Nabi Adam A.S , dan merupakah hari dimana manusia akan dimasukkan ke dalam syurga ( Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dimἀtikan dalam keadaan yang baik, dan diredhai Allah. Sebagai umat islam, kita harus bercita-cita untuk mἀti di hari jumaat, kerana ianya telah diakui oleh Baginda S.A.W sebagai hari yang terbaik.

Reply