no comments

Kisah Sedih Kem@tian Kartun “Shin Chan” Ini Buat Ramai Mengalirkan Air Mata

 

Siri kartun Crayon Shin Chan sangat popular dan digemari ramai terutamanya kanak-kanak kerana lawak jenakanya. Siri kartun yang berasal dari Jepun ini sentiasa membuat penonton terhibur dengan setiap adegan yang dipaparkan. Karya Yoshito Usui yang terkenal dengan kisah lucu ini sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa mengira umur dan jantina.

shin chan.jpg

Shin Chan memang terkenal dengan sikapnya yang periang. Tetapi tahukah anda terdapat kisah sedih disebalik siri kartun Crayon Shin Chan ini. Kisah siri kartun Crayon Shin Chan diinspirasi dari kisah seorang ibu yang kehilangan dua orang anaknya akibat kemalangan. Ibu tersebut ialah Misae, Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.

Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian muncul kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu.  Melihat adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk menyelamatkan adiknya. Akibatnya Shin Chan juga turut terkorban dalam kemalangan itu.

Misae sangat terkejut dan sedih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi sebuah kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.

Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini.  Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah berdasarkan kisah kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.

Dikatakan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama siri Crayon Shin Chan. Masyarakat Jepun menganggap kisah ini merupakan kisah benar.

Reply