no comments

Kisah Lelaki 22 Tahun Memiliki 3 Buah Rumah Selepas 4 Bulan Bekerja

Kisah Lelaki 22 Tahun Memiliki 3 Buah Rumah Selepas 4 Bulan Bekerja.jpg

Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh Eliayes Hamzah daripada kejayaan saudara Mr. L yang berjaya memiliki 3 buah rumah selepas empat bulan bekerja.

Mungkin ramai yang mempunyai pendapat berbeza tentang perkara ini, namun sebagai anak melayu yang masih muda kejayaan ini harus menjadi contoh kepada belia yang lain.

Salam Mr. L, Tempoh hari saya ada terbaca kisah encik di fb kawan saya. Saya amat tertarik bagaiman encik mampu memiliki hartanah pada usia yang cukup muda. Jika encik tidak keberatan boleh tak encik kongsikan kisah encik kepada semua pembaca di luar sana?

Mr. L : Wassalam, sebenarnya saya tak tahu macam mana nak kongsikan kisah saya pada public. Tapi insyaallah saya akan ceritakan yang mana boleh.

1. Sejak bila Mr. L mula berminat dengan pelaburan hartanah?

Mr.L : Saya mula berminat dalam hartanah ni selepas sebulan sy bekerja. Masa tu saya berfikir yang kerja makan gaji ni bukanlah segalanya bagi saya.

2. Apa/siapa yang mendorong Mr. L dalam industri pelaburan hartanah ni?

Mr.L : Abang saya perkenalkan kat @hambatuhan , so dari situ kenal and tanya pasal hartanah ni. Mendorong? Tak ada sesiapa kot, sendiri yang nak ke arah financial freedom sebab makan gaji sangat penat.

3. Apa pekerjaan Mr. L sekarang?

Mr.L : Saya bekerja sebagai seorang project engineer. Seorang graduan dari UTP.

4. Jika tidak keberatan berapa gaji Mr. L semasa mula berkerja?

Mr.L : Untuk spesifik gaji saya tak boleh nak dedahkan pada umum kerana bagi saya itu PnC. Tp apa yang saya boleh katakan gaji saya tidak kurang dari RM5,000.

5. Berapa hartanah yang Mr. L berjaya beli setakat hari ini?

Mr.L : Alhamdulillah sekarang saya berjaya membeli 3 buah rumah, 2 buah rumah subsales dan 1 undercon. Harga rumah yangg saya beli dalam range RM50,000 ke RM350,000.

6. Apa persediaan Mr. L sebelum mula membeli hartanah tersebut?

Mr.L : Secara basicnya saya mulakan dengan saving, 70% dari gaji saya adalah saving. Saya simpan wang tersebut samada di TH/ASB. Selepas 2bulan bekerja saya apply credit card untuk memastikan saya mempunyai rekod CCRIS. Saya duduk menyewa dengan rakan-rakan untuk lebih berjimat. Saya tahan nafsu untuk membeli kereta walaupun saya mampu membelinya. Saya masih menunggang motosikal.

7. Bagaimana Mr. L mengumpul modal untuk membeli hartanah tersebut?

Mr.L : Start dari univerisity, saving saving saving. Jangan berbelanja lebih, kawan ajak tengok movie, cakap je tak ada duit. Alhamdulillah simpanan yg saya dapat collect masa belajar tak kurang RM10,000. Lepas dapat kerja pun sama, saving saving saving. Portion mak abah jangan lupa, sedekah pun jangan lupa.

8. Boleh ceritakan secara ringkas jangka masa pembelian antara rumah pertama sehingga rumah ke-3?

Mr.L : Start apply lepas financial profile saya complete (3bulan), jadi dalam 2bulan adalah process2 jumpa lawyer and tunggu pengesahan dari bank. Saya apply serentak ketiga-tiga hartanah tersebut jadi tiada jangka masa dari first rumah ke 3rd rumah. Haha (Saya guna teknik multiple submission) boleh belajar dari hamba tuhan.

9. Apa pelan jangka masa panjang Mr. L dalam industri pelaburan hartanah ini?

Mr.L : Target peribadi saya hanyalah nak dapatkan status financial freedom in which passive income dapat menampung kehidupan keluarga. Dah dapat tu, insyaAllah lebihan yg ada adalah extra untuk family and akan diinfakkan.

10. Apa pesanan Mr. L kepada anak muda yang masih tiada kesedaran dalam memiliki hartanah ini?

Mr.L : Jangan ambil loan yang tak perlu, jangan berbelanja lebih walaupun kita mampu, ingat economy negara sedang teruk dan kesihatan pun tak tentu, so time sihat2 ni lah kita sediakan payung and sampan. Jangan asyik komplen aje; gaji kecik, government buat hal, tol naik minyak naik etc but tak ada usaha untuk diri sendiri nak cari jalan keluar. Boleh komplen, tapi usaha diri pun kene ada. Usaha tahan nafsu, usaha generate income, usaha saving.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi kisah tuan dengan saya. Insyaallah saya akan sampaikan kepada semua pembaca-pembaca saya. Salam.

Kisah Lelaki 22 Tahun Memiliki 3 Buah Rumah Selepas 4 Bulan Bekerja.jpg

Reply