no comments

Kisah Disebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

kisah disebalik kenapa 7 eleven dibuka 24 jam.jpg

Apabila sebut saja 7 Eleven, pasti semua terbayang kedai serbaneka 24 jam yang menjual pelbagai jenis barangan makanan dan minuman.

Kenapa 7 Eleven dibuka 24 jam?

Nama 7 Eleven itu sendiri sebenarnya bermula daripada waktu operasi mereka sekitar tahun 1946 di mana kedai hanya dibuka bermula daripada pukul 7 pagi sehingga 11 malam.

Malah nama asal 7 Eleven sebelum ini adalah Tote’m kerana ramai akan membawa beg tote ketika membawa pulang keperluan yang dibeli di sana.

Bagaimanapun ianya berubah pada tahun 1963, apabila rantaian kedai ini mula menukar waktu beroperasi hanya kerana satu kejadian, yang mendatangkan keuntungan kepada mereka semestinya.

Ia bermula apabila sebuah 7 Eleven yang terletak berhampiran University of Texas yang akan menjadi sesak selepas habis sebuah perlawanan bola sepak Amerika. Oleh kerana orang yang terlalu ramai, terpaksalah kedai dibuka sehingga melebihi waktu biasa operasi.

Melihatkan kepada hasil jualan dan keuntungan yang memberangsangkan, hanya pada malam itu sahaja, maka kedai serbaneka yang terletak di Texas, Amerika Syarikat itu pun mula beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, secara kekal.

Kemudiannya, cawangan lain pun turut menukar waktu operasi baru mereka sehingga kini dan masih mengekalkan nama lama mereka – 7 Eleven.

Reply