no comments

Kirim Pesanan Kepada Ustaz Ebit Lew, Pesanan Bob Lokman Ini Buatkan Ramai Sebak

Mendapat perkhabaran berita orang dalam kesusahan, pasti sepantas yang mampu beliau muncul untuk menyampaikan bantuan. Itulah insan berhati mulia, penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew.

Terbaharu, Ustaz Ebit bergegas ke Kelantan semalam mengunjungi artis veteran, Bob Lokman.

Katanya, beliau menziarahi Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, setelah terbaca mengenai laporan pembedahan jantungnya esok (hari ini).

Pelawak dan pelakon itu turut meminta Ustaz Ebit memberitahu orang ramai agar memaafkannya sekiranya dia meninggal dunia.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak reda Allah.

“Sayu rasa hati tadi daripada pembukaan Elewsmart Setia Alam terus fly ke Kubang Kerian, Kelantan ziarahi Bob Lokman. Saya balik petang ini.

“Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah,” tulis beliau di Facebook.

Ustaz Ebit turut mendoakan Bob Lokman panjang umur.

“Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman
menangis je tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang Bob Lokman selama ini Allah balas.

“InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Bob Lokman menghidapi komplikasi penyakit jantung sejak 12 tahun lalu.

Beliau dijadual akan menjalani pembedahan untuk memasang IACD pada jantung hari ini,setelah kos rawatannya sejumlah RM60,000 telah mencukupi hasil sumbangan ramai.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close