no comments

Sah Angkara Khianat! (CCTV) Dedahkan Lelaki Panjat Pagar Sebelum Kebakaran -PPIM

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

“Kedudukan CCTV di sekitar pejabat PPIM bersebelahan pusat tahfiz itu boleh merekodkan situasi yang berlaku sebelum dan sewaktu kejadian.”

“CCTV ini menampakkan hampir semua sudut pusat tahfiz termasuk Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang bangunan ini.

“Semakan mendapati bermula 7 malam hingga 12 tengah hari, terdapat belasan individu berlegar di sekitar taman dan polis sedang menyiasat keberadaan mereka yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini.”

“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.

“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkin termasuk unsur khianat dan dendam. Biar polis siasat dari semua aspek.”

“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Lapor BHarian Online

Gambar rakaman CCTV Di Sini – BACA Artikel Berkaitan: “Demi Allah, Budak Lelaki Itu BUKAN Pelajar Tahfiz, Saya Kenal Semua Pelajar Sekolah Ni

(VIDEO PENUH) Sidang Media Tergempar PPIM yang dibuat menerusi ‘facebook live‘.

Reply