no comments

Padah Buat ‘Live FB’ Sambil Khayal Dadah, Nana Kini Diburu Polis!

Padah memuat naik video secara langsung dalam keadaan khayal dadah dan berpakaian seksi di facebook, seorang wanita dikecam hebat netizen dan diburu pihak polis.

Video berdurasi 11 minit dua saat itu tular di Facebook (FB) dan ditonton 280,000 pengguna sejak ia dimuat naik 24 Disember lalu.

Dalam video itu, wanita berusia 20-an yang dikenali sebagai ‘Nana’ berdialek Kelantan itu mendakwa dirinya dalam keadaan tertekan dan apabila ditanya netizen dia mendakwa mengambil ‘lima’.

 

Sementara itu, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan Rahayu Ahmad berkata, bagi pemahamannya, ‘lima’ itu bermaksud dadah jenis Erimin 5.

Katanya, beliau sudah meneliti video berkenaan, namun setakat ini pihaknya tidak mendapat laporan berhubung video itu.

“Kami tidak tahu sama ada dia bersiaran langsung di FB dalam keadaan khayal dadah atau tidak.

“Tetapi kita membuat pemantauan kerana video yang dimuat naik itu boleh membawa kesan negatif kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, individu yang mengambil dadah akan diambil tindakan tegas termasuk menahan dan menjalani ujian saringan air kencing

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjauhi dan tidak mengambil bahan terlarang terutama dadah yang merupakan musuh utama negara.

HMetro

Reply