
Pelbagai Khasiat dan kebaikan pengambilan madu untuk kesihatan diri kita samada kesihatan dalaman mahupun kesihatan luaran. Madu adalah sejenis manisan semula jadi dihasilkan oleh lebah jenis tertentu dan hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies lebah ini menjalankan pendebungaan.
Nektar atau madu bunga merupakan cecair yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ia dihasilkan dalam kelenjar yang dipanggi nektari, sama ada di dalam bunga di mana ia menarik haiwan pendebungayang menjadi sumber nutrien kepada haiwan yang memberi perlindungan kepada tumbuhan sebagai balasan
Khasiat Madu Dari Segi Kesihatan
1. Mencegah Diabetes
Madu asli, terutamanya apabila digabungkan dengan kayu manis ianya boleh membantu mengurangkan sakit berisiko seperti diabetes .Dengan menggantikan gula dengan madu, anda boleh meningkatkan insulin dan membantu pengurusan gula dalam darah.
2. Memberi Tenaga Berpanjang
Madu lebah sangat kaya dengan nutrisi dan mineral termasuk 78% gula yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa, vitamin, enzim, protein, asid amino, dan lain-lain seperti kalsium dan fosforus. Nutrisi ini akan memberi tenaga yang berpanjangan kepada pengamal madu.Mereka yang sering akan mengambil madu pasti akan merasai sendiri tenaga yang berbeza berbanding hari tanpa pengambilan madu. Pekerjaan akan menjadi lebih aktif dengan tenaga yang terhasil dari mengamalkan madu.
3. Menghilangkan Sakit Tekak
Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak. Rasanya yang manis boleh melegakan tekak dari rasa ingin batuk.
4. Membantu Mendapatkan Kulit Yang Sihat
Madu sangat membantu untuk menyihatkan kulit kerana di dalam madu terdapat antibakteria yang tinggi. Cara yang paling mudah untuk menggunakan madu adalah dengan menyapu madu terus ke permukaan kulit. Ianya akan membantu anda untuk mendapat kulit yang cantik.
5. Meningkatkan Daya Ingatan Yang Kuat
Terdapat kadar antioksida yang tinggi dalam madu dan merupakan sumber nutrisi yang baik dalam memelihara sel otak. Anak-anak yang mengambil peperiksaan sangat digalakkan untuk memakan madu. Madu boleh meningkatkan kebolehan badan menyerap kalsium. Kalsium pula dapat membantu kesihatan otak. Disarankan agar setiap hari minum madu untuk kebaikan ini.