‘Hanya Sebut Ayah & Ibu, Sepatah Pun Tak Sebut Isteri..’ Ucapan Khabib Dipersoal Akak Netizen
Ucapan Khabib Nurmagomedov selepas melakar kemenangan 29 kali tanpa kekalahan ke atas lawan terakhirnya, Gaethje, Ahad lalu menjadi pertikaian sebilangan netizen.
Ada netizen yang mempersoal & mempertikai ucapan Khabib setelah beliau hanya menyebut dan mengangkat martabat ibu dan ayahnya sahaja, tanpa menyebut sepatah pun isterinya sebagai tanda penghargaan dalam temubual itu.
Perkara itu disedari oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad di laman sosial Facebook dan kemudiannya membuat sedikit coretannya;
“Terkejut juga baca komen tentang Khabib di sebuah page. Hakak itu tulis “dia angkat ayah dia, mak dia, bini dia mana? Tak boleh ke cakap sepatah untuk isteri jugak?”
Ya gais, jangan lawan. Biasanya isteri yang tak dihargai, tak disayangi, cepat melenting dan akan cepat nampak benda gitu.
Yang sering disayangi, akan tenang sahaja. Seorang isteri dia tahu suami dia selaku anak lelaki akan membesarkan ibu bapa dalam segala hal dan dalam masa sama menyayangi dia tanpa pernah sikit pun berkurang nilainya.
Begitulah.”
Syukur dapat isteri memahami. ” – Khairul Hakimin Muhammad
Dalam Islam, Ibu bapa berada di kedudukan sangat tinggi dan keutamaan pada mereka melebihi sesiapa pun. Anak-anak wajib bertanggungjawab ke atas mereka, lebih-lebih lagi sebagai anak lelaki. Tanggungjawab anak lelaki kepada ibubapanya sampai ke akhir hayat.
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin, dia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak, maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.
Walaubagaimana pun, biarpun telah memiliki keluarga sendiri,tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut sampai ke mati.
Maka jelas apa yang dilakukan oleh Khabib adalah sangat tepat.
Dalam temubual khas bersama pemberita itu, Khabib turut menyelitkan nasihat tentang pentingnya mendengar dan mentaati ibu bapa.
“Jaga hubungan dengan ibu ayah anda kerana satu hari pasti akan berlaku sesuatu.
“Anda tidak akan tahu apa yang akan terjadi esok (satu hari nanti). Anda tidak akan tahu,” katanya dalam temubual berkenaan.
Difahamkan, keputusan persaraan itu juga adalah perintah ibunya yang meminta Khabib untuk tidak meneruskan lagi perjuangannya selepas ketiadaan ayahnya.
Arwah ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov telah meninggal dunia pada 3 Julai lalu akibat mengalami komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan COVID-19.
Tidak sebut isteri dalam ucapannya, adakah Khabib lupa dan tak sayangkan isterinya?
Gambar ini adalah gambar pernikahan khabib, mari kita dengar balik perbualan wartawan dengan beliau.
Wartawan: Kenapa wajah isterimu ditutup dengan kain?
Khabbib Nurmagomedov menjawab: “Mohon maaf ini demi menjaga fitnah dari Orang lain. Wajah isteriku cukuplah aku saja yang menikmatinya dan bukan untuk dilihat oleh orang ramai kerana aku sangat menghargainya (isteri).”
Lelaki yang faham tentang agamanya dan lelaki yang baik agamanya, tidak akan rela jika isterinya menjadi tontonan lelaki lain. Orang-orang soleh dahulu menyembunyikan isteri-isterinya, sehingga kasut isteri mereka pun mereka akan sorokkan kerana bagi mereka size kasut itu juga aurat (dengan size kasut kita tahu fizikal seseorang wanita).
Lelaki zaman sekarang berlumba-lumba menayangkan bentuk tubuh badan isteri mereka di khalayak ramai malah lebih menakutkan apabila mereka mengupload di media sosial untuk mendapat tontonan lelaki lain sehingga yang berpakaian separuh b0gel pun ada..Di mana letaknya kehormatan & kemuliaan seorang suami kepada isterinya? Sedangkan badan isterinya dirat4h beramai-ramai oleh lelaki diluar sana, perumpamaan utk kita mudah faham, isteri mereka itu untuk dikongsi ramai-ramai sehingga habis dib0gelkan oleh pemikiran iblis mereka..
Seperti Khabib dan Isterinya, nampak sekali di majlis pernikahannya begitu teguh pegangan agama beliau, ataupun di kehidupan beliau tidak pernah kita nampak Khabib dikelilingi dengan banyak wanita, kehidupan hariannya selalu bersama dengan kawan-kawan lelaki dan ahli keluarganya sahaja.. Dari pernikahannya saja, kita dapat lihat isterinya dimuliakan & isterinya menutup aurat dengan sempurna ikut Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Kesimpulannya beliau adalah pemuda yang menjaga kehormatan Agama dan keluarganya. Memiliki ghiroh yang sangat tinggi dalam membela agamanya. Semoga Allah Ta’alaa menjaga beliau, setidaknya kita semua boleh jadikan beliau contoh pemuda-pemuda Islam yang berpegang teguh dengan islam daripada kita suka dengan golongan-golongan bintang sukan yang kafir dan artis yang kafir. Setidaknya kita cuba beralih ke arah yang lebih lebih baik.