no comments

Ketua Polis Kelantan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Ketua Polis Kelantan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat kompikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur petang tadi.

Allahyarham berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 3.45 petang di sisi isteri dan anak-anaknya.

Berita kematianya itu disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, Supt Shaikh Azhar Shaikh Omar.

“Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak kelmarin akibat komplikasi jantung.”

“Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Badak, Bachok untuk dikebumikan,” katanya.

Sebelum ini, Ab Rahman bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman. Selepas dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai 2016 untuk menggantikan Datuk Mazlan Lazim yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

BERNAMA, BHarian

Reply