‘Kesian Brader ni.. Terduduk Tak Terkata, Tak Lepas Masuk Stadium Gara-Gara Ulat Tiket Palsu Durjana!
‘Kesian Brader ni.. Terduduk Tak Terkata, Tak Lepas Masuk Stadium Gara-Gara Ulat Tiket Palsu Durjana!
Tiket final antara Malaysia dan Thailand paling hangat ketika ini sehingga ada yang mengambil kesempatan menjualnya secara haram di atas talian dengan harga yang tidak masuk akal.
Tiket yang sepatutnya berharga RM21.20 itu dijual dengan harga di antara RM100 dan RM200 oleh ulat tiket durjana. Lebih keji, ada ulat tiket yang menjual ‘tiket palsu‘ kepada penyokong tegar Harimau Malaya.
Melalui perkongsian Ular Pejal Afifi di facebook, sebuah keluarga yang datang dari jauh semata-mata mahu melihat perlawanan bola final sukan sea terpaksa berputih mata apabila tak lepas masuk stadium gara-gara ditipu ulat tiket palsu.
BACA PERKONGSIAN BELIAU;
“Kesian brader ni. Mula-mula dia tanye wife sy (wife dia minta dia tanyekn) mana beli tudung lawa corak bendera malaysia. Borak punye borak, muka dia sedih semacam tak happy.
Dia kata tiket nye tak lepas sewaktu hendak masuk ke dalam stadium, staff stadium pakai bar code scanning pon tak boleh. Tiket yang di beli nya itu PALSU!!
Dia beli dari ulat tiket sekitar giant shah alam, satu rm50. Beli smp 8 keping. Burn rm400!! Sudahlah datang dari Kuching, Sarawak. Terduduk beliau. Tak terkata apa dah.
Saya bandingkan tiket saya dgn beliau, kalu tengok dengan mata kasar memang tak nampak beza, cuma yang PALSU itu color nya kusam sedikit dan takde mcm font hitam dekat area kilat belah kanan tiket.
Melampau ulat tiket sekarang, sampai jual tiket palsu semata nak mengaut keuntungan. Hati-hati kawan-kawan di luar sana kalau nak membeli dari ulat tiket.
Memang keji kau ulat tiket, mahal satu, lepastu PALSU pula!!!”