no comments

KESAN BURUK MENONTON KARTUN SPONGEBOB

KESAN BURUK MENONTON KARTUN SPONGEBOB.jpg

KESAN BURUK MENONTON KARTUN SPONGEBOB

Setiap hari, mulai pada jam 5.00 hingga 5.30 petang, siri kartun ‘Spongebob Squrepants’ pasti akan bersiaran di Nickelodeon saluran TV9. Setiap hari penonton dipaparkan dengan siri kartun Spongebob ini, tanpa ada hentinya biarpun sudah berulang kali ditayangkan. Rata-rata penontonnya bukan sahaja daripada golongan kanak-kanak malah juga orang dewasa.

Setiap hari kita didedahkan dengan gelak-tawa karakter-karakternya. Sedarkah kita bahawa siri kartun ‘Spongebob Squrepants‘ ini sebenarnya tidak baik dan mempunyai kesan yang buruk kepada diri kita apabila menontonnya? Memang sudah dibuktikan, kartun Spongebob ini memberi impak buruk kepada kita terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Ia terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh Ahli Suruhanjaya Nasional Perlindungan Moral Awam Ukraine, dan hasil kajiannya diterbitkan menerusi Jurnal Pediatricks pada edisinya 12 September beberapa tahun yang lepas. Melalui hasil kajian itu, seramai 60 orang kanak-kanak antara berusia 4 tahun diberi untuk menonton kartun SpongeBob ini dalam tempoh selama 9 minit. Usai menontonnya, 60 kanak-kanak tadi dibuat ujian untuk mengesan keupayaan fungsi mental mereka.

Hasilnya, kanak-kanak yang yang menonton kartun Spongebob dicatatkan tahap pemikirannya lebih buruk berbanding kanak-kanak yang tidak menonton. Kandungan kartun Spongebob yang agak gila-gila dan karakter fantasi yang melampau jauh dari realiti itu, boleh menggangu fungsi atau cernaan otak kanak-kanak.

Kajian itu telah membuktikan bahawa kartun ‘ Spongebob Squarepants’ mampu mendatangkan kesan negatif pada fungsi fokus dan memori kanak-kanak seawal usia itu. Ketahuilah, perkembangan awal pembacaan pemikiran seseorang itu bermula daripada peringkat kanak-kanak. Jika didedahkan dengan kartun-kartun atau apa-apa jua yang tidak mengarut dan tidak masuk akal maka rosaklah pemikirannya dan pandangannya tentang kehidupan.

Sementara itu, menurut seorang doktor di klinik kanak-kanak Seattle, bernama Dr.Dimitri Christakis, kesan daripada menonton kartun Spongebob membuatkan kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 5 tahun di Ukraine, membuatkan kanak-kanak berkenaan kerap berkelakuan pelik tidak mengenal tempat. Malahan, turut mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal tanpa berada segan ataupun malu sedikitpun.

Gila barangkali boleh mendatang, jika terus menonton kartun yang tidak mempunyai moral ini. Bukan setakat kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga mampu mendapat kesan negatif ini jika sering terdedah dengan kartun Spongebob ini,

Di Ukraine, kerajaannya telah menghentikan siaran rancangan kartun seperti ini, kerana beranggapan ingin merosakkan minda serta hubungan kekeluargaan. Antara yang termasuk adalah Family Guy, Futurama, The Simpsons, Pokemon, dan Teletubbies. Ia adalah merupakan perancangan halus yang melumpuhkan pemikiran para generasi-generasi hadapan.

Dr.Dimitri menegaskan kepada para ibubapa untuk mereka sedarinya bahawa kartun Spongebob TIDAK SESUAI untuk anak-anak. Perlu dijauhi daripada kartun-kartun melampau seperti ini. Sebaliknya, pihak Nickelodeon yang bertanggungjawab dalam penyiaran kartun SpongeBob di Malaysia membantas sekeras-kerasnya dengan penemuan ini. Mereka mengatakan kartun ini sesuai untuk tonton kanak-kanak yang berusia 6 hingga 11 tahun.

Bagi peminat-peminat setia kartun SpongeBob Squarepants, anda tidak perlu marah dengan kenyataan ini, kerana ia sudah terbukti mampu memberikan kesan negatif buat perkembangan anak-anak melalui kajian itu. Masih banyak lagi kartun-kartun yang baik dan sesuai untuk ditonton.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close