no comments

Kesalahan Bertudung Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita

Kesalahan Bertudung Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita.jpg

Aurat adalah sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutupi, haram didedahkan kepada bukan mahram. Aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.

Dalil Al-Quran

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Dalil Hadis

Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: “Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini – sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berikut adalah kesalahan bertudung yang sering dilakukan oleh wanita

– Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.

– Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

– Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.

– Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

– Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

– Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

– Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

– Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.

– Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

– Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.-Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

– Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.

– Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.

– Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (media sosial).Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Reply