Terdahulu, Nik Ahmad Sabri dan isterinya Mahani dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa bayi mereka tertukar berikutan terdapat pasangan lain memaklumkan perkara itu kepada pihak hospital.
Pasangan itu siap memberikan bukti yang mengesahkan bayi mereka tertukar.
Guru Agama, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, akhirnya menarik nafas lega selepas menerima laporan DNA yang mengesahkan bayi perempuan yang dalam peliharaannya sebagai anaknya.
“Alhamdulillah, segala-galanya selesai,” kata guru agama Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, selepas laporan asid deoksiribonukleik (DNA) yang diterima mengesahkan bayi perempuan yang dalam peliharaannya sebagai anaknya.
Menurutnya, dia menerima laporan ujian DNA itu, jam 12 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Mahsuri di (PPM) Bandar Darulaman sebelum isterinya Mahani Zakaria, 36, serta bayi mereka yang kini berusia lima hari dibenarkan keluar dari wad.
“Alhamdulillah kerana semuanya (isu tertukar bayi) selesai dan mereka (isteri dan bayi perempuan) dibenarkan keluar wad hari ini (semalam).
“Tak sangka semuanya dilakukan dengan cepat dan keputusannya (laporan DNA) diketahui hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini.
Katanya, buat sementara waktu isteri mahu berehat dan menjalani pantang di rumah di Kuarters Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) kerana sedikit tertekan sejak kes berkenaan berlaku.