no comments

Kes Larikan Kereta Polis Ada Plot Twist, Rupanya Perempuan Tu Bukan Awek, Tapi….

Laporan sebelum ini mengatakan motif kes larikan kenderaan Unit Kereta Peronda Polis (PDRM) adalah kerana ingin tunjuk hebat di hadapan teman wanita ternyata salah.

Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan kenderaan itu pada Ahad lalu disahkan bukan teman wanitanya, sebaliknya hanya menjadi mangsa keadaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan lanjut terhadap wanita berusia 21 tahun itu mendapatinya dibawa oleh adik lelaki berkenaan dari tempat kerjanya di Tasek Gelugor.

“Dia bukan teman wanita lelaki yang ditangkap bersamanya di dalam kereta MPV itu di Shah Alam seperti yang disangkakan oleh netizen.

“Suspɛk juga mengambil dua telefon bimbit dan sejumlah wang milik wanita itu dan menganc4m akan mencedɛrakannya jika dia tidak mengikutnya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lalu dan turut membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspɛk yang mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dengan jɛnayah dan d4d@h bertindak seperti itu kerana ingin bertemu dengan isterinya di Klang.

Katanya, maklumat juga mendapati suspɛk lelaki itu mengalami masalah mental.

Sementara itu, Noorzainy berkata, pihaknya menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh terhadap pegawai dan anggotanya atas kejadian kereta MPV jenis Honda Civic 1.8S yang dicuri dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada Sabtu lalu.

Menurutnya, pihaknya tidak menyembunyikan apa-apa dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan anggota yang didapati cuai dalam kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan. Semua pegawai dan anggota yang terbabit akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi kita menentukan kemungkinan unsur kecuaian berlaku dalam kejadian terbabit.

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa kami tidak pernah menghentikan penyiasatan terhadap (polis), dan siasatan kami akan telus.

“Sekiranya ada unsur kelalaian, tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib, akan dilakukan terhadap mereka yang terbabit,” katanya hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya mengatakan bahawa jabatan itu akan menjalankan siasatan menyeluruh yang membabitkan semua aspek termasuk kemungkinan kecuaian pihak yang bertugas ketika kejadian terbabit.

Terdahulu, suspɛk berkenaan berjaya melarikan MPV itu dengan cara menyamar sebagai anggota polis Bahagian Sumber Teknologi Maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada kira-kira 9.15 malam.

Mereka turut membawa dua komputer riba dan memaklumkan kepada penyelia MPV bertugas untuk memeriksa kamera (dashcam) dalam kenderaan itu.

Penyelia berpangkat sarjan yang tidak mengesyaki apa-apa, membenarkan suspɛk memeriksa, sebelum seorang daripadanya mengambil kunci dan memandu keluar dari IPD itu.

Kenderaan disedari hilang selepas ia tidak dikembalikan kira-kira 30 minit sebaik kejadian dan gagal dihubungi menerusi walkie-talkie.

Reply