no comments

Kerja Korporat Tapi Tak Bahagia, Hingga Suatu Hari Balik Kampung Cakap Kat Ayah Nak Berhenti.. Akhirnya Bahagia Dengan Jual Sayur

Lumrah bekɛrja, pada mulanya bersemangat tetapi lama-kelamaan kian pudar semangat itu. Biarpun kerja sudah elok, berjawatan tinggi, gẫji besar, dan mampu untuk membɛli apa yang dihajati, namun masih ramai yang tidak mampu mengecapi nikmat kehidupan yang sebenar. Dṳnia yang seakan terasa kosong dan membosankan tanpa adanya rasanya ‘bahagia’.

Seperti pengalaman yang dilalui oleh hamba Allah bernama Ahmad ini. Ikuti perk0ngsian beliau..

Nama aku Ahmad. Anak bongsu dari 4 beradik. Kakak dan abang berjaya dalam kerjaya mereka alhamdulillah. Sikit je intro pasal family sebab nak cerita pasal diri sendiri je ni, haha. Berumur lewat 20 an. Seorang bekas graduan ijazah sarjana muda perakaunan. Dan masih bujang.

Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bidang akaun/ kewangan/ audit didalam beberapa syarikat MNC (multinational corporation). Ya dulunya aku berhasrat kerja disyarikat ternama kononnya untur career yang kukuh.

Alhamdulillah perjalanan hidup aku ketika belajar sehingga ke alam pekerjaan dipermudahkan Allah. Mungkin golongan yang tidak senasib aku akan berasa iri hati juga cemburu dengan apa yang aku kecapi walaupun aku tak bahagia dengan semua ni. Benarlah apa yang diperkatakan golongan agamawan. “jika baik dimata kamu tidak bermakna baik dimata Dia“. Boleh jadi tidak baik dimata kamu, mungkin baik untuk dirinya”.

Setahun yang lalu aku mula berhenti kerja dalam bidang yang penuh cabaran ini. Kerana apa? Kerana aku tak bahagia dengan apa yang aku lakukan. Kenapa aku tak bahagia? Kejap lagi aku sambung part tak bahagia tu.

Years goes by, I was settled myself for self employed (bekerja sendiri). Aku meneruskan legasi orang tua aku di kampung iaitu menjual sayur! Aku bahagia jual sayur. Alhamdulillah rezeki tu ada dan sentiasa mencukupi. Aku bahagia jual sayur. Pendapatan aku tidak sebanyak aku bekerja makan gaji dahulu tapi Alhamdulillah ia mencukupi mungkin kerana berkat dan doa ibubapa. Ibu dah meninggal 9 tahun dulu. Sekarang cuma ada ayah. Ayah pun dah makin unzur. Ayah selalu salurkan kasih sayang dengan membebel dan rotan (masa kecik dulu haha). Boleh dikatakan aku seorang anak yang terlalu berkepit dengan ayah selepas ibu meninggal dunia.

Someone told me, whatever you do in your life, 3 perkara ini jangan salah urutan/aturan untuk diberi keutamaan. First put Allah/islam as your priority, utamakan solat. Ingat Allah selalu dalam apa jua benda yang kau kerjakan. Second your family, keluarga terdekat. Bila kau utamakan agama, kau juga akan utamakan hidup kekeluargaan. Sayang keluarga. Ambil berat pasal keluarga. Tolong menolong keluarga. Third barulah rakan-rakan, saudara dan masyarakat sekeliling.

Aku pegang 3 perkara ni dan aku akan cuba dan teruskan usaha supaya 3 perkara ni dalam urutan dan aturan yang betul iaitu 1. Agama 2. Keluarga 3. Rakan,saudara mara etc. kalau urutan ni tak betul, hidup kau bermasalah. Cuba berhenti sejenak dan mula muhasabah.

Get back to kenapa aku kata aku tak bahagia dengan kerjaya korporat aku dulu. Dahulunya aku kurang masa bersama keluarga bila kerja makan gaji. Hari-hari aku sibuk. Entah apa yang aku sibuk tu pun, aku tak tahu. Siang malam meeting. Hari minggu kerja sampai kadang kala solat lewat, tak jenguk ayah, kurang ziarah adik beradik, silaturahim dengan rakan makin menjauh.

Mungkin sebab tu dulu susah nak jumpa perempuan yang tahan dengan kehidupan aku yang terlalu sibuk. (Mungkin jodoh insecure kalau kahwin dengan aku, kemungkinan diabaikan).

Setiap bulan bila gaji masuk, aku sampai terlupa gaji dah masuk. I dont even have time to spend duit gaji untuk perkara yang aku suka. Terlalu sibuk sehingga aku rasa duit dalam bank aku tiba-tiba banyak. Pergi kerja pagi buta balik lewat malam tido. Jarang bercuti, jarang melepak, membeli belah pun jarang. Duit bulanan bayar bill, loan rumah, duit belanja untuk ayah, zakat etc.

Thats it. Semua expenses aku dah buat automate deduction untuk kesemua account and remaining balance tu sentiasa bertambah tanpa aku sedar. Aku lifeless, duit banyak tapi aku tak ada masa. Setiap tahun boleh kata pencapaian aku outstanding dan bonus aku sangat tinggi sebab boss aku selalu rate pencapaian aku agak tinggi. Tapi aku. Aku tak bahagia.

Ayah is the main reason aku stop kerja aku. Pernah satu malam tu aku saja-saja tengok call log (record keluar masuk panggilan telefon) niat masa tu nak trace number client aku balik. Tapi aku terpandang nama ayah. Banyaknya nama ayah call masuk number aku. Kenapa susah nak nampak aku call out number ayah. Erti kata lain ayah je selalu call aku, selalu sangat. Aku pula, susah nak call ayah. Adakah aku lupa ayah atau aku hamba kerja.

Masa tu aku muhasabah balik diri ni. Apa perasaan ayah bila dia selalu je dial no aku. Mesti dia selalu ingat aku lupa dia. Salah aku.

Suatu hari tu aku balik kampung dan aku cakap “Ayah, saya nak balik kampung jual sayur la. Nak berhenti kerja.” Ayah diam tapi riak wajahnya nampak bahagia. Dia cuma pesan, ikut kamu lah mana yang terbaik. ayah tak larang. Selepas 2-3 hari tu, ayah selalu telefon tanya bila aku nak berhenti kerja. Aku rasa ayah tak sabar-sabar nak aku balik dan duduk dengan dia untuk jual sayur. Ayah macam dah berharap aku balik. Aku solat isthikarah, mohon petunjuk. Alhamdulillah aku dapat petunjuk untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama ayah.

Aku berhenti kerja dan sekarang aku adalah penjual sayur yang bahagia. Hari-hari jumpa customer, senyum aku tak pernah lekang sebab aku seronok dengan kerja yang aku buat. Ayah selalu ikut aku pergi meniaga sebab dia bosan duduk rumah. Aku tak akan bagi ayah buat kerja. Ayah cuma ikut dan jadi teman aku untuk bersembang sahaja. Ramai kawan-kawan ayah tegur kenapa aku end up jual sayur walaupun aku dah ada pelajaran dan pengalaman kerja yang baik. Aku cuma senyum dan balas, rezeki dekat sini. Dekat dengan ayah.

Selepas subuh meniaga, sebelum zohor dah balik. Petang supplier datang hantar sayur-sayuran kampung untuk dijual esok pagi. Malam ada masa pergi masjid dengan ayah, belajar agama. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang. Aku boleh rasa tenang. Dan bahagia dengan apa yang aku kerjakan ni. Apa yang aku tekankan di sini buat pembaca sekalian, pencapaian kita hari ni tidak akan berkekalan hingga pengakhiran.

Kadang kita diatas kadang juga kita dibawah. Boleh jadi hari ni kita seorang leader/boss yang berjaya, mungkin esok lusa kita dibuang kerja atas sebab tertentu kita tak tahu. Boleh jadi hari ni kita punya keluarga bahagia. Mungkin esok mereka semua tinggalkan kita menghadap Yang Maha Esa. Kehidupan sentiasa berubah. Sentiasa ada naik turun yakni menguji keimanan kita dan ketakwaan kita.

Sentiasalah ingat akan Allah dan jangan abaikan ibubapa dan keluarga. Rezeki setinggi gunung bukan penentu kebahagiaan jika Allah tak redha. Sentiasa positif dan harapnya kisah aku ni menjadi satu iktibar dan inspirasi buat pembaca.

InshaAllah tahun 2019 aku mungkin akan mendirikan rumah tangga. Doakan aku berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Aku doakan pembaca sekalian juga mendapat kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Amin. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku hambaNya. Dan yang baik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa.

Ikhlas – Ahmad

p/s- Sudah pastinya setiap orang bila sampai bab pekerjaan, perlunya ada prinsip bahagia yang menjadi pegangan masing-masing. Pucuk pangkalnya kebahagiaan dan ketenangan itu hilang bila kita hanya terlalu fokus pada hal dunia dalam kehidupan seharian. Imbangi kehidupan dunia dan juga akhirat, Semoga kisah di atas menjadi inspirasi dan pengajaran buat kita semua.

Reply