Kerja Kerajaan Tapi Buat Bisnes. Baik Berhenti Ajelah Kerja Tu
Beberapa minggu yang lalu, telah tulas isu berkenaan perbahalan antara seorang da’i dan seorang guru akibat guru tersebut telah memuat naik video menari di tiktok. Menurut sumber, guru tersebut ketika ini sedang bercuti tanpa gaji dan sedang fokus kepada perniagaannya.
Belum reda isu pertelingkahan dua invididu tersebut, seorang bekas pegawai PTD yang bernama Puan Fatimah Omar telah berkongsi pandangannya dari perspektif seorang penjawat awam yang sedang aktif berniaga di media sosial. Menurut beliau, seorang petugas penjawat awam sebenarnya tidak boleh sesuka hati menjalankan pekerjaan lain ( diluar pejabat) tanpa memenuhi syarat dengan mengisi borang kebenaran.

Walaupun seorang penjawat awam itu sedang bercuti tanpa gaji, mereka masih tertakluk dibawah pekeliling jabatan masing-masing dan bertanggungjawab untuk menjaga imej baik profesion anda.
Kalau rasa nak bebas berniaga, why not berhenti je la terus? Tak Payah Tunggu Pencen.
Puan Fatimah turut menggesa para penjawat awam supaya menggunakan common sense sebelum nak bertindak sesuatu. Beliau sendiri cukup faham bagaimana kesibukan jika seseorang itu sedang terlibat dalam perniagaan. Jika pekerjaan anda yang lain itu membuatkan anda sering terkejar-kejar sehingga terpaksa ‘mencuri’ masa pekerjaan hakiki, adalah lebih baik anda letaklah jawatan anda secara profesional.
Berikut adalah video perkongsian dari Puan Fatimah tersebut.
Dalam Part mencuri masa tu, memang sangat kena jaga.. Gaji pun tak berkat kalau asyik mencuri masa sahaja.
Setelah menonton video pandangan bernas dari Puan Fatimah in, ramai yang bersetuju dengan pandangan beliau. Jika nak berniaga itu, tidak salah, paling penting semasa anda sedang berniaga, bagaimana anda dapat keberkatan jika sumber pendapatan pekerjaan hakiki anda sering ada unsur ‘curi’ masa
Video tersebut telah mendapat respon yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Puan Fatimah
masyaAllah hebatnya sis,part mencuri masa tu mmg sgt kena jaga, boleh sis share ilmu etika yang sis jaga masa sis berniaga masa cuti
saya sebagai penjawat awam + peniaga online menyokong kata kata puan..
setuju sangat, akhirnya ada juga yang tegur secara betul
betul kementeria perlu alert
teguran ini patut dibuat oleh K/JAB. Tapi sekarang K/Jab byk yang lepas pandang, terima kasih atas nasihat puan
sangat setuju puan, jagalah etika kita sebagai penjawat awam
bait bait tutur kata yang sangat sopan
saya pun penjawat awam, tak berani nak expose diri sangat sebab tahu masih terikat, insyaAllah nak ikut jejak langkah sis
terima kasih puan menyuarakan apa yang terbuku di hati saya..
lain caranya bila bekas PTD berikan nasihat, salute kak Tema, suka ayat akhir, berhenti terus x perlu tunggu pencen..
saya tambah siikit, gaji pun tak berkat kalau asyik curi masa kerja untuk berniaga..
Dari perkongsian ini, dapat kita pelajari bahawa, henda berniaga itu tidak salah, namun etika sebagai penjawat awam perlu dijaga. Soalnya sejauh mana seorang penjawat awam itu mampu menjaga etikanya. Jika tidak mampu dan inginkan kebebasan, tindakan yang terbaik adalah berhenti demi menjaga keberkatan rezeki.