no comments

Kerana Sajat, PU Amin “Kena Sound” Dengan Polis Arab Saudi

Kecoh ketika ini mengenai seorang pondan mengerjakan umrah di Mekah, Arab Saudi. Seperti sedia maklum, sudah ramai yang mengetahui perkara ini.

Jantina lelaki tetapi berpakaian seperti wanita tidak dapat dimaafkan perbuatannya itu. Lebih teruk lagi ianya dilakukan di tanah suci Mekah.

Pencetus Ummah (PU) Amin yang ketika ini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif menceritakan situasi yang telah berlaku di sana.

PU Amin, 30, berkata, ketika dia sedang berborak dengan rakannya dalam Bahasa Arab, mereka didatangi anggota polis yang turut mengetahui kisah lelaki berpakaian wanita ketika melakukan ibadah.

Anggota polis itu memberi amaran agar mana-mana individu tidak buat masalah di Tanah Suci kerana negara itu mempunyai peraturan serta undang-undang.

“Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main. Saya angguk-angguk dan balik. Dalam hati saya kata kalau kat negara sendiri pun saya tak suka ini berlaku. Fuhhh, cukup hebat kes ni, Arab pun tahu. Ya Allah peliharalah kami semua Ya Allah,” katanya.

PU Amin berkongsi kisah itu di laman facebook rasminya yang kini mendapat ribuan perkongsian.

pu amin kena tegur polis

Katanya lagi, petugas Umrah di Makkah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Kementerian Haji dan Umrah serta Kementerian Pelancongan Arab Saudi berhubung isu berkenaan.

Alasan laporan itu adalah kerana kejadian itu adalah sebagai satu jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi apabila ada lelaki yang memasuki tempat solat wanita.

“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan-rakan petugas berbicara. Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang. Pelbagai perkara boleh berkait. Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,” tulisnya lagi.

Beberapa hari ini kecoh apabila usahawan kosmetik dengan nama asalnya lelaki berpakaian wanita dan bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

PU Amin juga berkata, sebelum ini ramai pondan dan maknyah melakukan umrah tetapi tiada masalah kerana mereka berpakain ihram dan melakukan solat bersama lelaki serta menuruti peraturan yang diberikan.

Jelaslah disini bahawa tindakan usahawan kosmetik itu adalah melanggar hukum agama Islam serta undang-undang yang telah ditetapkan di negara Arab Saudi.

Tindakannya itu tidak boleh dimaafkan serta boleh menyebabkan masalah kepada banyak pihak. Diharap supaya ada pihak yang bertanggungjawab yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Jangan kerana dia seorang akan merumitkan lagi urusan rakyat Malaysia lain yang ingin pergi ke tanah suci Makkah dan Madinah nanti.

Reply