no comments

KENAPA TIDAK ELOK MAKAN ROTI?

KENAPA TIDAK ELOK MAKAN ROTI.jpg

Berikut adalah sebab kenapa tidak boleh terlalu banyak makan roti, dinyatakan oleh Times of India.

1. Tidak Bernutrisi
Tidak seperti makanan lain, terutamanya roti putih tidak mengandungi nutrisi. Dengan memakan roti, anda tidak akan mendapatkan serat atau manfaat dari gandum yang lengkap yang ada di dalamnya. Meskipun begitu, roti yang dibuat dari gandum masih mengandungi sedikit nutrisi. Jadi, jika anda ingin mengambil roti untuk mendapatkan nutrisi, pilihlah roti gandum.

2. Terlalu Banyak Garam
Kebanyakan roti, terutamanya roti hasil daripada proses yang dibeli di supermarket, mengandungi banyak garam dan natrium. Jadi jika anda mengambil roti, jangan lupa untuk selalu menghitung natrium yang ada di dalamnya. Mengambil satu atau dua lapisan roti tidak akan berbahaya. Namun lebih baik jika anda membuat sendiri roti di rumah tanpa menggunakan terlalu banyak garam.

3. Boleh GemukĀ 
Karbohidrat, garam, pengganti gula, dan bahan pengawet yang ada dalam roti boleh membuat berat badan bertambah. Jangan terlalu banyak mengambil roti jika ingin menjaga berat badan. Makan roti sesekali tidak ada masalah, namun pilihlah roti yang sihat.

4. Tidak Puas
Meskipun mengenyangkan, namun roti tidak boleh membuat anda puas kerana kurangnya nutrisi dai dalamnya. Selain itu, roti juga tidak mengenyangkan jika hanya diambil sedikit.

Reply