no comments

Kenapa Shopping Mall Dibuka Sedangkan Masjid Dihadkan Solat Jumaat?

Pernahkah antara kita terfikir kenapakah rumah-rumah ibadat seperti surau dan masjid dihadkan jumlah jemaahnya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini? Sedangkan sektor lain seperti pasar raya dibuka seperti biasa tanpa mengehadkan jumlah pengunjung setiap hari?

Segala persoalan mengenai perkara itu mungkin terjawab di dalam artikel yang ditulis ini.

Admin pernah bertanya Guru , Bagaimana pusat shoping boleh buka sedangkan Masjid di hadkan solat jumaat?

Kata Guru: Supaya tiada fitnah pada Agama. Apa pandangan Manusia jika virus ini tersebar kerana ibadat umat islam? Pastinya buruk nya Islam di mata manusia. Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram Di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah pun di tutup sementara untuk orang awam. Pernah dengar ulamak Mekkah dan Madinah bantah? Tidak kan kerana mereka Faqih dan Alim. Daripada kita sibuk bertanya lebih baik masa itu di gunakan untuk berdoa supaya kita boleh kembali beribadat di rumah Allah..

Maka terjawablah segala kebuntuan admin. Pusat shoping, kedai makan, bank dan lain-lain tiada kepentingan untuk namanya dijaga. Tapi AGAMA perlu di jaga sebaik-baiknya. Patut la jarang jarang dengar alim ulamak yang ada di malaysia ini membantah, rupanya mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Mereka berfikir jauh kehadapan sedangkan kita fikir apa yang di depan.

Terima Kasih Guru ku…

Alhamdulillah. Akhirnya segala persoalan mengenai perkara ini sudah terjawab. Kita sebagai umat Islam seharusnya perlu mengikuti segala arahan dari pihak pemerintah dan segala fatwa yang telah dikeluarkan oleh para alim ulamak. Sesungguhnya mereka ini lebih tahu dari kita sebagai orang biasa.

PKPB: Solat Jumaat, berjemaah di masjid, surau terpilih di zon hijau

14.5.2020: Semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih serta solat sunat Aidilfitri, bermula esok, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok, berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.

‘Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya.

Reply