“Kenapa Nak Hina Ibu Saya?”- Anna Jobling
Gempar di media sosial apabila pelakon yang semakin meningkat naik telah berkongsi gambar bersama ibunya. Video yang dikongsi dalam laman tiktok menerusi nama bobbaskyy2 itu telah tular sehingga mencecah tontonan 1.7 Juta kerana terkejut melihat wajah ibunya.
Apa yang istimewa dalam gambar yang dikongsikan, kebanyakan netizen terpegun dengan ketinggian Anna yang sungguh berbeza dengan ketinggian ibunya. Selain itu juga, netizen turut kagum dan tertanya-tanya apakah kacukan Anna, kerana beliau kelihatan seperti kacukan Philipine ,namun ibunya pula kelihatan seperti Indonesia.
Rata-rata netizen terkejut , dan ramai yang memuji mereka berdua
Antara komen yang diberikan..
tingginya dia ni..
Dia macam saing-saing catriona ross dan Natasha Hudson, anak ikut gen bapa.
Mata mak 100% eh
Jadi mak dia filipina ka?
Rezeki dia Allah bagi kecantikan
Senyuman dan mata ikut mak sangat
Version ayah pulak
Ada juga nampak muka mak dia kat muka dia kalau hampa perasan, tengok betol betol
nak tengok ayah anna
comell!
Her eyes ikut mom dia
tinggi nok dia
muka anna sama dengan mama dia, beza hidung dengan kulit je
anna ni campuran ke? mak dia melayu ke macam muka dia macam orang filipine.
fuh tinggi giler anna.
Selain taburan pujian yang diberikan, tidak kurang juga hinaan yang menjengah diruangan komen. Namun penulis tidak mahu kongsikan di sini apa kata-kata hinaan tersebut.
Hinaan tersebut turut mendapat respon anna yang pasti akan membela ibu yang melahirkan beliau.
Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family
For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.
Apa yang kamu akan rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?
Daripada situasi ini, dapat kita pelajari, bagaimana jika situasi ini berlaku terhadap diri kita sendiri, pasti akan terguris rasa hati dan sedih atas hinaan jari jari jelik yang menaip sesedap rasa diruangan komen. Walaupun ianya satu perkara yang remeh, ingatlah bahawa anda sebenarnya sudah pun melakukan cyber bully tanpa sengaja.
Taiplah komen sebaiknya, jika tak mampu gembirakan orang lain, ada sifat iri hati , tahanlah jari tu daripada menaip perkara yang tak baik.
Jom kenali sedikit biodata Anna Jobling
Pemilik nama Anna Jobling ini semakin popular selepas lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus dalam siri drama tv3 mendapat sambutan ramai penonton. Lakonan Anna dalam drama ini turut digandingkan dengan pendatang baru dalam industri iaitu Meerqeen.
Nama Anna Jobling yang sebenar ialah Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman, berusia 22 tahun dan dilahirkan pada 14 ogos tahun 2000.
Sebelum ini, beliau juga pernah menyertai pertandingan dewi remaja pada tahun 2018/19 dan mendapat kedudukan keempat. Sebelum beliau menyertai pertandingan dan lakonan, Anna juga sudah pun terlibat lebih awal dalam dunia peragaan.
Apa sahaja yang Anna lakukan, kita doakan lah yang baik-baik supaya dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Itulah sebaik baik ucapan yang patut kita ucapkan kepada sesiapa sahaja untuk menjaga hati dan tatasusila kita di media sosial.