KENAPA DULU BRUNEI TAK MASUK MALAYSIA?
Kenapa Dulu Brunei Tak Masuk Malaysia
Apabila Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin III mengistiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang dipinjamkan kepada negara itu. Hal itu menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.
Namun Sultan Brunei masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang diletakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-Raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang paling tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.
Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapat kemerdekaan awal dari British akhirnya ditolak oleh Sultan disebabkan tidak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
Hari ini Brunei telah menjadi sebuah negara yang berdaulat, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa, menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN.
Hari ini rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.
Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak diambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelabur asing, namun jika tidak serius untuk menberikan peluang kepada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei. Itu adalah satu amaran yang keras.
Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata kepadanya, “Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu”.
Andaian Jika Brunei Bersetuju Untuk Bersama-Sama Membentuk Malaysia
1. Brunei bukan sahaja akan dikenakan cukai hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat dan tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan pendapatan rakyat Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD20,000).
3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter untuk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36).
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan riba.
5. Ramai orang luar Brunei yang akan memegang jawatan tinggi dengan gaji yang mahal di sektor minyak dan gas. Mungkin rakyat Brunei akan diberikan jawatan peringkat rendah dengan gaji yang rendah.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa membeli kereta Proton dan Perodua.
7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala dan mungkin banyak berlubang.
Betul3x…
No. 7 tu x leh gi…lawak sungguh! 🤣🤣🤣