no comments

Kenapa Biskut Ada Lubang-Lubang Kecil?

Kenapa biskut ada lubang-lubang kecil?

Kebanyakkan daripada kita hanya tahu makan biskut je tetapi tidak tahu kenapa biskut mempunyai lubang-lubang kecil. Lubang-lubang kecil pada biskut bukanlah dibuat untuk tujuan hiasan tetapi ia dibuat kerana bersebab.

Kenapa Biskut Ada Lubang-Lubang Kecil.jpg

Fungsi lubang-lubang kecil pada permukaan biskut adalah untuk memastikan biskut yang dibuat masak secara rata. Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang kecil itu, biskut akan mengelembung dan menjadikan biskut kelihatan tidak menarik.

Disebabkan lubang-lubang kecil itu, biskut akan menjadi lebih rangup. Kalau lubang-lubang kecil itu dibuat terlalu dekat sangat akan menyebabkan biskut menjadi keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang akan keluar. Kalau lubang-lubang kecil dibuat terlalu jauh sangat, akan wujud gelembung yang hodoh pada permukaan biskut.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close