no comments

Kem@luan Isteri Berbau Ikan Masin, Bekas Suami Dipenjara 6 Tahun

Seorang pelakon Indonesia bakal dipenjara sekurang-kurangnya 6 tahun apabila dia secara terbuka menghina bekas isterinya.

Pelakon Indonesia, Galih Ginanjar didakwa mencemarkan nama baik bekas isterinya, aktres Fairuz A Rafiq.

Di dalam sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube, Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri, lapor CNN Indonesia.

Aktres Fairuz A Rafiq turut terkilan dengan tindakan dua Youtuber iaitu Rey Utami dan Pablo Benua yang sanggup menjadikan isu kem@luan dan bau ikan masin sebagai bahan untuk kandungan video mereka.

Kerana marah dengan dakwaan terbabit yang mengaibkan Fairuz, seluruh keluarga wanita itu marah dan bertegas untuk memanjangkan perkara ini ke muka keadilan.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Kes tersebut masih dibicarakan dan sehingga kini masih belum diketahui hukuman yang bakal diterima Galih atas keceluparan mulutnya menyamakan kem@luan isteri dengan bau ikan masin.

“Selama ini aku dizalimi, selama ini aku dipijak-pijak harga diri aku sebagai seorang perempuan, selama ini aku berusaha untuk diam,” katanya.

Dengan menangis, Fairuz tertanya masih menyimpan rasa sakit hati terhadap tindakan bekas suaminya itu yang menjadikan isu kemaluan berbau ikan masin sebagai bahan kandungan video Youtuber Rey Utami dan Pablo Benua.

Sehingga kini Fairuz masih tidak dapat memaafkan bekas suaminya atas tindakan yang dilakukannya itu.

Pasangan Galih dan Fairuz dinikahkan pada 5 Mac 2011 namun bercerai pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang anak, King Faaz Arafiq yang lahir pada tahun 2012.

Pada tahun 21  Mei 2017, Fairuz kembali menjadi isteri kepada pelakon Sonny Septian.

Fairuz tak rela anak dijaga bekas suami bermulut celupar!

Pelakon terkenal dari Indonesia iaitu Fairuz A. Rafiq berkata dia tidak rela jika anaknya King Faaz Arafiq, 7, dijaga oleh bekas suami yang juga merupakan aktor, Galih Ginanjar.

Dalam pada itu Fairuz berkata dia akan mempertahankan hak perjagaan anak mereka itu, namun tidak akan memutuskan hubungan Faaz dengan bapanya.

“Apa pun masalah, meskipun dia berusaha mengambil anaknya. Saya mohon sangat anak ini jangan sampai ke tangan bapanya.

“Saya tak ajar Faaz untuk membenci ayahnya tapi saya hanya mahu anak ini berada bersama suami saya Sonny Septian,” katanya.

Luahan itu dibuat oleh Fairuz menerusi laman Youtube Ussy Andhika Official pada Selasa lalu.

Pada 3 Julai 2019 lalu, Galih telah mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube dan bakal bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun atas tindakannya itu.

Bekas isterinya yang juga seorang aktres iaitu Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Sehingga kini mahkamah belum menetapkan keputusan akhir perbicaraan untuk kes ini dan jika disabitkan kesalahan Galih bakal berdepan hukuman maksimum 6 tahun penjara.

Reply