1 comments

Kemas Dapur Arwah Mak Terjumpa Serbuk Koko Dan Baking Powder Expired 1998, Cuba Bancuh Air Koko – “Terduduk Lepas Minum Secawan”

Bila cakap pasal kualiti, wujud perbezaan jika kita bandingkan kualiti zaman sekarang dengan zaman dahulu. Kita selalu membanding dulu lebih baik dari hari ini dalam pelbagai perkara. Contohnya kita selalu cakap zaman kanak-kanak dulu lagi seronok banding zaman sekarang , dulu tiada gadjet, semua fokus main sama-sama, sekarang masing-masing sibuk menghadap telefon.

Bukan itu sahaja kualiti dan perbezaan yang dapat dilihat, perkara juga wujud dalam bab barang-barang fizikal. Kualiti barangan orang dulu-dulu sememang tidak tolok banding dari segi kualiti dan kita juga akan turut membandingkan dengan barangan zaman kini.

Terkini, tular seorang pengguna di media sosial yang bernama Ezeet Abu Bakar yang berkongsi kekagumannya mengenai barangan dapu yang sudah lama tamat tempoh, namun masih tersimpan baik dalam kabinet dapur yang dimiliki arwah ibunya.

“Saya terdetik untuk mencuba sendiri serbuk koko ketika saya siap mengemas dapur, aneh sungguh, ia masih elok diminum dan masih segar rasanya. Pembuat produk ini sangat jujur dan ikhlas menjaga kualiti produk keluaran mereka, kongsi nya di facebook.

Ezeet menambah lagi, antara barang lain yang telah dijumpai oleh dapur peninggalan itu adalah serbuk baking powder berjenama royal yang telah dikeluarkan sebelum negara mencapai merdeka lagi.

“Amat terkejut saya bila membuka kabinet dapur tersebut, saya tengok ada lagi rupanya barang-barang dapur yang masih belum dibuka, barang pun masih elok seal dengan aluminium dan selepas ianya dibuka, langsung tiada kulat atau serangga yang hinggap.

“Saya tengok tin-tin tersebut sambil terkenang arwah ibu yang telah membesarkan kami. lepastu saya ternampak harga dan tarikh luputnya, paling saya terkejut bila tengok baking powder ibu ni expired pada 4 ogos 1951, kongsinya.

Menurut Ezeet, barangan itu telah ditemuinya semasa mengemas rumah arwah ibunya di Muar Johor, semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kongsinya, sudah hampir tujuh tahun beliau tidak menjejakkan kaki ke rumah itu setelah ibunya tiada.

Ezeet turut berkongsi kisah satu tin serbuk koko larut berjenama Van Houten yang masih elok digunakan walaupun tarikh expirednya ialah pada 1 May 1998, iaitu 23 tahun yang lalu.

“Semasa saya membuat serbuknya masih gebu lagi, saya cuba bancuh dengan susu pekat dan sedikit garam.

“Ajaibnya, rasanya memang berbeza dan masih elok lagi, terduduk saya bila minum secara, terus nak menangis sambil terkenangkan ibu.

“Saya teringat balik keadaan ibu semasa 1978, umur saya ketika itu baru empat tahun, lepastu saya teringat bangunan lama, bazar termasuklah Muar Trade Center, saya terkenang semula saya duduk di kerusi rotan yang diletakkan di atas palang basikal, ceritanya yang juga seorang jurutera mekanikal.

Menurut Ezeet, arwahnya ibunya adalah seorang doktor yang telah pergi ke rahmatullah sekitar 6 tahun lepas kerana jangkitan kuman.

Menurutnya, serbuk koko tersebut adalah dengan berat bersih 125 gram yang lengkap dengan harga RM3, ianya mungkin digunakan oleh ibu untuk membuat kuih raya.

“Serbuk koko tu saya rasa ibu nak guna untuk nak buat kuih raya, tapi keadaan yang saya tengok masih belum dibuka, mungkin sebab masa tu anak-anak sudah berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Masa tu ibu tinggal sorang-sorang , tiada siapa nak bantu dia, mungkin sebab itulah barang tersebut tidak terusik.

“Pada ketika itulah saya mula terkenang semula, kalau berpandukan tarikh luput tu, mungkin mak beli masa tahun 1995 atau juga 1996”, kongsinya sambil menambah ibu dan bapanya telah berpisah pada tahun 1987.

Saya sangat menghargai kenangan, biarlah tiada duit, takpe asal saya boleh simpan menjadi barangan antik untuk generasi akan datang. Selain dari makanan, Ezeet juga pulang ke rumah bersama isterinya dan juga anak-anak, beliau menjumpai buku resepi lama dan buku dekorasi milik ibunya.

“Buku resepi ni bila saya tengok boleh dijilidkan semula sebab masih elok lagi”

“Dalam buku ni ada resepi tradisi yang tak menggunakan rempah ratus segera dan ilmu ini jga boleh dikongsi dengan generasi sekarang, katanya

Inilah buku resepi milik ibu Ezeet.

Menurutnya , dia sendiri memang seorang peminat mengumpul barangan lama.

Antara koleksi barangan lama yang telah disimpannya ialah kolek atau sampan yang berukuran sepanjang lima kaki yang telah dibelinya, bekas itu adalah tembakau songel zippo, ianya sejenis pemetik api dan juga tempayan.

Ezeet juga ada menyimpan beberapa barangan lama lain yang telah dihadiahkan oleh pemilik asal setelah mereka tahu minatnya untuk mengumpul barangan lama.

Menurut Ezeet, dia tidak pernah pun menjual koleksi barangan lama yang dimilikinya.

“Nak jual? saya sayang, saya sangat menghargai kenangan.

‘Biarlah tiada duit sekalipun, tak mengapa, asal saya boleh simpan untuk kenangan di masa akan datang.

One Response

  1. Mohd abbas Mahamud

Reply