Kelebihan & Fadhilat Membaca Surah Al – Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan serta merupakan surah yang diturunkan di Mekah (makkiyah) dan mempunyai tiga puluh ayat.

Fadhilat membaca surah ini bagi pembacanya sehingga dosa pembacanya diampuni berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ada satu surah dalam al-Quran yang berjumlah tiga puluh ayat di mana surah tersebut akan memintakan syafaat bagi pembacanya hingga dia diampuni. Surah itu adalah ‘tabarakallazi biyadihil mulk’.” (HR al-Tirmidzi, hadis ini hasan).

Fadhilat Daripada Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

Mendapat Syafaat

  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubu

Ringkasan Surah Al Mulk

Tiada apa yang menjadi milik kita secara mutlak dalam kehidupan ini. Kita boleh menyayangi seseorang, tetapi tidak memilikinya. Pemilikan mutlak hanya milik Allah SWT. Semua makhluk akan menemui mati, hanya Allah yang kekal. Kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Sehebat mana pun pemerintah, mereka tidak akan kekal, tetapi kerajaan Allah sentiasa sempurna.

Hidup dan mati adalah ujian dari Allah untuk melihat siapa yang terbaik amalannya. Allah mengutamakan kualiti amalan, bukan kuantiti. Amalan berkualiti dilaksanakan dengan ilmu dan keyakinan. Allah sentiasa mengampuni hamba-Nya yang bertaubat. Sebagai hamba Allah, kita bertanggungjawab melakukan amalan dengan berkualiti, termasuk solat yang memerlukan khusyuk.

Kualiti iman adalah penting untuk memastikan konsistensi amalan. Surah ini mengingatkan kita tentang pentingnya memperkukuhkan iman dengan mengingati kebesaran Allah. Iman akan menghasilkan amal berkualiti dan Allah mengingatkan kita tentang keagungan kerajaan-Nya.

Jom kita amalkan surat Al-Mulk ini setiap hari sebagai surah amalan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top