no comments

Patutlah! Rupanya Ini Sebabnya Kenapa Dato Seri Vida Tiba-Tiba HILANG Di Penghujung Gegar Vaganza!

Mana Dato Seri Vida? Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa bukan Dato Seri Vida sendiri yang menyerahkan ‘Anugerah Gelombang Vida Vaganza’ ketika konsert Gegar Vaganza minggu kedua tempoh hari.

Rupanya sebab kenapa Dato Seri Vida hilang di penghujung rancangan adalah kerana mahu mengejar flight ke Portugal yang disalah sangka masanya.

“Terkejar-kejar Dato Seri Vida dibuatnya. Ingatkan flight jam 2 pagi, rupanya flightnya jam 11 malam! Lagi sejam nak catch up flight.”

 

Juri jemputan, Prof. Datuk Redzuwan Ismail (Chef Wan) menggantikan tempat DS Vida untuk menyampai anugerah ‘Gelora Vida Vaganza’ iaitu kategori Lagu Paling Ingat yang menjadi milik Elyana.

Rancangan pada malam itu dipalitkan dengan aksi mencuit hati apabila Chef Wan membawakan masakan istimewanya buat Dato Seri Vida dan turut memberikan sekuntum bunga ros merah.

Sebelum ini, Chef Wan pernah mengusik Dr. Vida untuk memperisterikan jutawan berkenaan, bagaimanapun mengakui beliau sekadar bergurau. Namun, jika mereka berdua dipertemukan jodoh, Cef Wan menerima dengan hati terbuka.

“Lagipun, kedua-duanya sedang solo dan tidak salah andai gurauan tersebut menjadi kenyataan,” katanya sambil ketawa kecil.

Reply