KECOH! Lelaki Cina Ni Hina & Provokasi Polis, Apa Yang Abang Polis Ni Buat Memang MENGEJUTKAN!!!
Belum habis cerita di Johor gara-gara HON, seorang lelaki yang juga kaum cina pula cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menyebarkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai.
Lelaki yang merupakan DJ sebuah kelab malam berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3.45 pagi Jumaat.
Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, dia bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya berulang kali memberitahu tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya.
Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat (menghina) terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah.
“Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis.
“Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.
“Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua,” katanya.
Susulan penyebaran video itu, Mohd Nadzri berkata, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut.
“Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini,” katanya.
– BH
LIHAT VIDEO DI BAWAH: Tindakan abang Polis itu tetap tenang biarpun dihina dan diprovokasikan.