no comments

Beginilah Keadaan Kub0r Jemaah Haji Jika Meningg@L Dunia di Mekah

Mat! itu pasti! Kem@tian datang menjemput tidak kira dimana kita berada dan tepat pada masanya. Tidak terlebih ataupun kurang walau satu saat sekalipun.
 
Lazimnya, jika seseorang itu meninggal dunia di Mekah, sudah tentu jenaz@hnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya akan terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
 
Ini boleh dianggap sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
 
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meningg@l dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
 
Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenaz@h yang meningg@l dunia di Makkah.
Jenaz@h disusun di bawah tempat Muazzin(bilal) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.
 
Proses pengkebumian jenazah yang meningg@l dunia di Makkah.
 
Beginilah perjalanan yang perlu anda lalui sekiranya anda ditakdirkan meningg@l dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kub0r anda tidak diketahui.
Bolehkah bercita-cita untuk m@ti di Makkah atau Madinah?
 
Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk m@ti di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang m@ti di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk m@ti di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
 
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi kesana dan terjun bangunan hotel (bun0h diri). Itu tidak akan mendapat syafaat (malah kufur).
 
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita m@ti di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik.
 
Wallahu’alam..
 
Jika anda merasakan artikel ini menarik, sila kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekarang.

Reply