no comments

Kasihan Gadis Ini, Tak Semua Sokongnya Buat Video Masakan Guna Dapur Kayu

Kerana mahukan kelainan, gadis ini sanggup memasak dengan menggunakan dapur kayu untuk dijadikan sebagai content di media sosial.

Salah satu video yang telah dikongsikan sedang menunjukkan dirinya sedang memasak char kuey tiow dengan menggunakan dapur kayu.

Video berkenaan yang telah dimuat naik mendapat tonton sekitar 120,000 tontonan melalui laman Tiktoknya.

Gadis yang berkongsi cerita, Rozana Mohaman Hamidi 23 , berkata, video itu telah diambil daripada saluran youtube miliknya yang banyak berkongsi tentang video-video masakan.

Rozana berkata, dia berbuat begitu kerana ada pengikutnya yang sangat ternanti-nantikan kandungannya itu muncul juga di laman Tiktok.

‘Sebenarnya saya sudah ada channel Youtube sendiri, maka video yang sudah tersedia itu saya muatnaik pula ke Tiktok, sebab ada juga pengikut ternanti-nanti untuk saya membuka akaun tiktok dan berkongsi kandungan saya.

‘Dalam video tersebut, saya sedang memasak char kuey teow dan video itu saya jadikan sebagai salah satu content saya di saluran Youtube.

Gadis itu terpaksa meletakkan dapur kayu itu pada bahagian yang tinggi kerana memerlukan api yang agak besar..

“Secara kebetulan, saya memang sudah menyukai cara masakan dengan menggunakan dapur kayu sejak dahulu lagi, walaupun rumah saya ada je dapur gas biasa, kalau pakai dapur kayu ni sebenarnya aromanya lebih luar biasa dan masakan akan menjadi lebih sedap, kongsinya yang berasal dari Batu Kurau Perak.

Gadis yang lebih mesra dipanggil Rozek itu berkata, dia cukup minat memasak sejak dari darjah dua lagi dan turut mengakui memasak menggunakan dapur kayu adalah menjadi kepuasannya sendiri.

Walaupun kini Rozek sudahpun mempunyai 100,000 pengikut dan menghasilkan kandungan video yang lain dari yang lain, tetapi ada juga yang menjadi kurang senang dengan kaedah masakan dapur kayu yang diamalkannya, ianya dianggap Rozek menyusahkan dirinya sendiri.

‘Saya ni belajar memasak sejak darjah dua lagi, dan sudah banyak saya belajar dari ibu, ayah dan kak. Pengalaman sendiri memang seronok masak diluar rumah ni sebab bila masak diluar, bertemankan dapur kayu, dia punyai feel tu lain.

“Tapi ada jugak yang komen, kenapalah nak guna dapur kayu , kan menyusahkan diri sendiri? sebenarnya tak susah pun nak kawal api guna dapur kayu ni, tiada masalah seperti disambar api sebab saya sendiri memang sudah biasa masak dengan cara dapur kayu ni,

‘Saya lebih risau lagi kejadian seperti minyak panas terjatuh atas kaki kalau saya sedang memasak, jadi itu yang saya kena lebih berhati-hati. Ujar Rozana.

Bila bercakap soal cabaran yang dihadapi sepanjang menghasilkan video-video masakan ini, Rozek memaklumkan, kadangkala proses rakaman yang saya buat terpaksa dihentikan kerana masalah cuaca.

Tambahnya lagi, sekiranya berlaku keadaan cuaca tidak mengizinkan, beliau akan menyambung sesi rakaman itu pada hari yang lain, ini kerana beliau berusaha untuk menjaga kualiti video itu supaya siap dengan baik dan sampai kepada penonton.

“Bila saya memasak diluar ni, yang menjadi cabaran adalah cuaca, kalau tiba-tibalah sedang nak buat video, hujan, memang saya terpaksa menghentikan aktiviti rakaman dan saya buat semula pada hari berikutnya. Kejadian itu pernah berlaku semasa saya sedang masak ayam golek madu, kari ikan tenggiri dan juga menu roti john pasar malam.

“Sekiranya saya nak meyambung semula rakaman selepas hujan, sebenarnya boleh je cuma nanti mood nak memasak dan suasana yang kelihatan di luar tu jadi tak samalah dengan keadaan sebelum hujan tu. Mesti penonton perasan pulak nanti ada perbezaan dalam video berkenaan.

Saya berharap video masakan saya ini boleh sampai ke tahap antarabangsa.

“Saya akan mula buat rakaman video jam 10 pagi kerana waktu itu cahaya masih cantik dan pastikan semuanya sudah siap sebelum waktu asar.

‘Semua video kandungan yang saya hasilkan adalah dengan bantuan adik saya. Dialah tolong jadi jurugambar dan tukang edit video, kaau tak ada dia, memang tak jadi semua video masakan saya” ujarnya.

Menurutnya yang mempunyai sembilan adik beradik itu, dia sangat gembira apabila melihat ada mereka yang menghargai dan memuji konten masakan yang dihasilkannya.

Rozek turut berharap videonya itu boleh sampai ke peringkat antaranbangsa dan boleh ditonton oleh penonton seluruh dunia seperti saluran Grandpa Kitchen.

“Saya merasa sangat gembira bila ada yang menghargai dan berkongsi resepi masakan kepada orang ramai” katanya yang turut menjual produk kosmetik secara online sebagai satu lagi pendapatan.

‘Mereka pun puji kerana saya yang masih muda ni tahu memasak lauk dengan menggunakan bahan seperti kepala kambing, belangkas dan juga kulit lembut.

“Saya pun berharap video saya ini boleh mendapat tonton dari orang luar dan menjadikan video saya menjadi tahap antarabangsa, sebab saya pun ada letak tajuk dalam bahasa inggeris dengan harapan adalah jugak penonton dari luar negara”. Tambah Rozana lagi.

Usaha yang dilakukan oleh gadis ini patutlah mendapat pujian dan mengkagumkan ramai orang kerana kesungguhannya menyediakan video yang mampu memberikan manfaat kepada mereka yang ingin mengetahui resepi. Walaupun usianya dikira cukup muda, kita boleh menganggap gadis ini cukup arif dan mempunyai ‘passion’ dalam bidang masakan kerana telah mula memasak sejak darjah dua lagi. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Reply