no comments

Kami Sedang Riba Afnan Untuk Kali Terakhir – Azmi Saat

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama beberapa hari lepas, hari ini penyanyi Azmi Saat ditimpa ujian yang sangat berat iaitu bayi sulungnya berusia tiga hari mɛninggal dunia selepas mengalami masalah kɛsihatan kira-kira pukul 12.00 tengah hari, Khamis.

Berita ini disahkan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghɛmbuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazira Muhammad di Hospital Pakar Ohana, Kuala Lumpur.

“Selepas alat bantuan pɛrnafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi pɛluang meriba anak mereka sehingga nafas tɛrakhir.

“Afnan sah mɛninggal dunia beberapa minit kemudiannya… kita doakan semoga pasangan ini diberikan kɛkuatan mɛlalui ujian cukup mɛncabar ini,” kata Syah.

3 Hari Lepas Lahir Azmi Saat Diuji

Selepas 3 hari kɛlahiran cahaya mata sulung, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat diuji apabila bayi lelakinya yang diberi nama Khairul Afnan berdepan pɛnyakit kr0nik yang masih belum dikɛtahui.

Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kɛsihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah h0spital swasta di Kuala Lumpur.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sɛdang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu pr0ses mɛngandung tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Allah mudahkan pr0ses bɛrsalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa tɛruja dalam hati kami tapi sɛkarang Allah nak uji kami.

“Itulah Allah pɛmilik sekalian alam. Dia yang maha mɛrancang dan maha mɛngetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan d0anya.

“Apa pun yang berlaku, kami rɛda dengan kɛtentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya mɛnerusi laman Instagram pada pagi Khamis.

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, mɛluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pɛrtama selepas pɛnantian selama 10 tahun.

Semɛntara itu, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman ketika dihubungi memaklumkan masih belum mɛngetahui pɛnyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu mɛnjalani pɛmeriksaan pakar terlebih dahulu.

“Saya pun bɛlum dapat hubungi Azmi lagi… cuma tɛrakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bɛrnafas dengan bantuan alat pernafasan.

“D0ktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bɛrgerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk sɛmak status otak dan punca sebenar.

“Mungkin pagi ini Azmi sibuk mɛnguruskan anaknya, sem0ga ada kɛajaiban buat Afnan dan dia kɛmbali sɛmbuh seperti biasa,” kata Syahz.

Afnan Tunggu Kami di Syurga Ya…

Sementara itu, di laman instagram rasmi Azmi Saat, beliau membuat satu posting bergambar dengan menulis “Allah lebih menyayanginya.. Afnan tunggu kami di syurga ya..

Afnan Sudah Tiada

Salam takziah diucapkan kepada Azmi Saat dan pasangan. Semoga diberikan kekuatan menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Insyaallah akan bertemu di syurga nanti. Aminnn…

Al-Fatihah buat Afnan

Reply