no comments

Selepas Kehilangan Emma, Kamal Adli Hilang Satu Lagi ‘Kesayangan’! Minta Orang Ramai Mencarinya…

Nama pelakon Kamal Adli kini sedang hangat diperkatakan ramai selepas kontroversinya bersama Emma Maembong. Hubungan cinta pasangan ini yang sebelum ini bagai retak menanti belah akibat campur tangan orang ketiga, sudah pun berakhir.

Lebih menyedihkan buat jejaka kacak Kamal Adli ini apabila telah kehilangan motor besar berkuasa tinggi  (Superbike) jenis Aprilia Shiver. Berita kehilangan itu telah dikongsi di laman sosial Facebook sahabatnya, Rafiudin Hasan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Rafiudin kira-kira jam 2 petang tadi, motor pelakon yang juga finalis Super Spontan Superstar tersebut didapati hilang pagi tadi.

Menurut Rafiudin, motor berwarna hitam bernombor plat WXW 4645 itu dipercayai hilang di kediaman mereka, di Taman Cempaka, Ampang.

Rafiudin turut meminta orang ramai menghebahkan perkara tersebut dan menghubungi nombor 017-2780948 jika ternampak kenderaan seperti yang dinyatakan.

Sebelum ini, Kamal Adli pernah menjadi mangsa langgar lari apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Julai lalu.

Motosikal bergolek-golek, topi keledar pula tercampak, namun, dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil sahaja dalam aksi kemalangan yang agak ngeri itu.

 

Sementara itu, ketika kontroversi putus cinta dengan Kamal Adli masih hangat diperkatakan, Emma Maembong sekali lagi menarik perhatian netizen apabila didakwa menjalin hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman.

Bagaimanapun, Emma menjelaskn, dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Salim.

“Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja.

“Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Astro Awani, BHarian

Reply