no comments

“Kalau Saya Belajar Sekolah Cina UEC, Saya Takkan Dpt Brkawan Dgn Melayu Hebat ni” -Apek Cina

Sebelah kiri, saya. Sebelah kanan, sahabat karib saya Izwan Azmi. Kami berkawan sejak 20 tahun lalu, sama kelas sewaktu menuntut di SMK Ibrahim, Sungai Petani.

Beliau sekarang merupakan seorang Peguam Sivil, Jenayah dan Syariah yang terkenal. Antara anak-anak guaman beliau termasuk artis-artis terkenal.

Sekarang, bila ada permintaan bantuan tentang pekerjaan, beliau akan merujuk kepada saya, manakala saya pula akan merujuk kes-kes Syariah kepada beliau.

Pernah sekali saya perkenalkan beliau kepada seorang kenalan yang ingin membuat perjanjian “hibah”, saudara Izwan memberikan perkhidmatan yang begitu hebat sampai kenalan tersebut call saya berkali-kali untuk memuji saudara Izwan.

Kalau saya belajar di Sekolah Cina UEC, takkan saya dapat berkawan dengan orang hebat seperti Izwan.
Siapa sangka, dulu kami saling rujuk-merujuk kerja rumah, Sekarang kami saling rujuk-merujuk pula kerja guaman?

Oh ya, saudara Izwan adalah seorang yang terlampau rajin. Tiap tiap hari kerja Sampai larut malam dan bangun pagi. Siap jawab phone pada 1 am lagi. Siapa kata Melayu malas, Saya minta Izwan untuk body-slam dia !

Apek Cina

Reply