no comments

Kalau Balik Kampung Bercuti, Letaklah Duit Syiling Dalam ‘Freezer’ Ramai Tak Tahu Sebabnya..

Bila tiba masanya kita nak tinggalkan rumah kita dalam tempoh yang lama, aspek keselamatan mesti kita utamakan. Alang-alamg nanti kita nak balik mengundi kan. Mungkin ada yang balik mengundi di kampung ke?

Sebelum keluar dari rumah tu, pastikan semua suis elektrik ditutup untuk elakkan bahaya dan pembaziran elektrik.

Suis utama biasanya kita tak tutup,sebab masih guna elektrik untuk peti sejuk kita. Peti sejuk boleh bantu elakkan makanan kita dari cepat rosak. Boleh lah tahan lagi bila tinggal rumah ni.

Ramai yang tak perasan, apa jadi kalau tiba tiba masa kita tinggalkan rumah, contohnya kita tinggal rumah kita tu 5 hari, 3 hari yang pertama tu, tiba tiba rumah kita blackout, tapi bila kita balik sudah okay semula.

Apa yang jadi dekat peti ais kita semasa blackout tu?

Kali ini penulis ingin berkongsi satu sharing dari individu bernama Rizzal Abdullah.

Berikut adalah tulisan dari Rizzal..

Bro,

Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.

Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.

Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?

Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;

Syiling

Gelas plastik yang lut sinar

Air

APA NAK KENA BUAT:

  1. Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

2. Lepas tu letak syiling atas ais tu.

3. Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

4. Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

5. Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

Wahh begitu menarik sekali tips ini, ianya sangat memudahkan untuk kita tahu adakah peti ais kita tidak berfungsi dalam tempoh yang lama atau pendek.

Jadi lepas ni senanglah, bila kita tengok syiling itu sudah berada di lantai gelas, kita tahulah maknanya sudah berjam-jam lamanya rumah kita tiada elektrik.

Reply