no comments

Kakitangan Ditawarkan Cuti Bersalin Sehingga Setahun – Maybank

Kakitangan Ditawarkan Cuti Bersalin Sehingga Setahun – Maybank

Maybank mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari (setahun) berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu.

Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.

Manfaat itu diumumkan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini, hari ini.

Ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu.

“Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi. Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.

Katanya, polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar.

Pengumuman ini keseluruhannya menerima respon yang sangat positif.

BHarian Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close