“5 Sebab Saya Suka Kahwin Dengan Suami Orang” – Haryani D4pat Kɛcaman Hebat Netizen
Sebut sahaja ‘poligami’, ia bukanlah sesuatu yang digemari oleh para wanita yang sudah bersuami. Ramai pasangan suami isteri hari ini bergaduh dan bercerai-berai sebelum berlakunya poligami. Hal ini berlaku disebabkan hasrat suami untuk berpoligami tidak dapat diterima oleh isteri, lalu menyebabkan rumahtangga yang dibina berpuluhan tahun atau bertahun-tahun hancur musnah.
Berbicara mengenai poligami, sudah tentulah setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Ada yang bersetuju untuk hidup bermadu, namun ada juga yang menolak amalan ini secara total.
Misalnya di facebook, seorang wanita dikenali sebagai Haryani Ithnen menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi coretan soal topik ini.
Kata wanita itu, dia mempunyai lima sebab kenapa memilih untuk berkahwin dengan suami orang.
Dalam penjelasannya, Haryani mengakui kehidupan berpoligami membolehkan dia mencari masa tersendiri khususnya apabila suami tiada di sisi.
“Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem.”
Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.”
“Kedua, bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh (PJJ), ok je. Kenapa kita tak boleh pula?” tulisnya.
Tambahnya lagi, proses mencari seorang lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai suami juga bukanlah satu perkara yang senang.
Oleh itu katanya, tiada apa yang salah sekiranya dia mahu berkongsi kasih dengan wanita lain dan sama-sama menjadi isteri kepada lelaki yang baik.
“Untuk wanita lewat usia, sama ada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana nak cari lelaki bujang yang lebih tua dari dia dan baik.”
“Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat,” katanya.
Tambah wanita itu lagi, kehidupan berpoligami juga membolehkan dia memiliki waktu yang fleksibel. Selain tidak perlu menyediakan keperluan suami sepanjang hari, dia juga mempunyai lebih banyak masa untuk bersama ahli keluarga.
“Keempat, saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.”
“Sebab kelima saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya. Oleh itu, saya pilih poligami.”
“Siapa yang belum jumpa manisnya berpoligami, itu tanda masih kurang ilmu. Teruskan belajar,” katanya lagi.
Sehingga kini, posting itu menerima lebih 14ribu komen di facebook.
Ia turut dihujanji dengan pelbagai komen netizen termasuklah yang mengecam kenyataan wanita itu.
“Kenapa tidak puan yang berkahwin dengan lelaki bujang dan carikan isteri kedua, ketiga dan keempat? Kenapa pula puan yang perlu jadi perampas untuk keselesaan puan?”
Entahlah. Rasa tak munasabah je sesetengah alasan tu. Berhati-hati dalam menulis atau bercakap. Jangan sebab kita, orang pandang serong pada poligami.”
“Hak orang lain jangan diambil! Banyak hati yang terluka. Jangan ingat nak senangkan hidup kita sendiri sayang! Berfikirlah. Allah beri kita akal.”- Itu antara komen-komen yang dilontarkan netizen.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah anda juga kurang senang dengan sebab-sebab dan kenyataan tersebut? atau bersetuju serta menerimanya saja? Bincangkan.
setuju dgn akak yg bersedia berpologami
hanpa nak nak marhah ka..mak ka..poligamy ALLAH SWT yg benarkan..
yg dah berpoligami..teruskan
yg nak try pun teruskan
yg taknak poligamy teruskan
yg nak bujang ketua teruskan
yg nak mnjanda sampai mati pun teruskan
kiat sama manusia tp tak sama takdir
jgn ulas mcm korang tu TUHAN..
ALLAH TAU SEGALANYA
KITA IDUPMATI SEME ALLAH TAU
Jgn sibuk kerja ALLAH
Korang sibuklah dgn buat kebaikan..bkn membatuapikan org lain..🤣😂🤣
Poligami adalah dihalalkan dalam agama.
Maka sesiapa yang ada hasrat untuk berpoligami, teruskanlah.
Isteri-isteri yang merasakan suaminya tak layak berpoligami, maka nasihatkanlah.
Tapi bukan mengecam ‘poligami’ yang sudah termaktub dalam agama.