no comments

Kad ATM Tertinggal? Ini Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Perlu Kad

Biasa tak kadang-kadang kalau kita kalut nak keluar rumah, tak pasal-pasal tertinggal bawa beg duit atau ‘wallet. Bila di pertengahan jalan, dalam kereta baru perasan, tengok-tengok tertinggal pula beg duit

Semua ada dalam beg duit tu, semua kad atm, kad pengenalan dan lesen ada dalam beg duit. Mahu tidak mahu terpaksalah patah balik kerana kalau tiada kad ATM, pasti tak boleh nak keluarkan duit di ATM.

Sekarang ini tak perlu lagi, selagi anda tidak tertinggal telefon anda dan ada bawa sekali. Masih ada cara untuk keluarkan wang anda melalui mesin ATM tanpa perlu membawa kad. Tips ini sesuai sekiranya anda berada dalam situasi kecemasan.

Berikut adalah perkongsian yang telah dikongsikan oleh individu yang bernama Azlan Salim. Perkongsian tips beliau khusus untuk pemegang akaun Maybank sahaja

Ini cara nak keluarkan duit dari mesin ATM tanpa menggunakan kad.

ATM Maybank ni memang dah rancang awal supaya tidak ada alasan lagi untuk withdraw duit kalau kita tertinggal kad ATM.

Tiada kad bank, tak bawak pun boleh, Syaratnya mesti ada smartphone dan terus pergi ke ATM Maybank.

Berikut adalah langkah langkahnya.

  1. Terus masuk ke aplikasi Maybank2u anda, bahagian bawah ada pilihan untuk klik ‘mobile’. Kemudian anda pilih ‘cardless ATM Withdraw’.

2. Langkah kedua, anda pilihlah akaun mana yang ingin keluarkan duit.

3. Semasa langkah ini, anda masukkan no telefon yang korang ingin untuk keluarkan wang itu. Sebenarnya kemudahan ini tiada alasan lagi kalau tiba tiba anak minta duit ke, nak cash tiba-tiba, isteri tiba tiba nak shopping ke. Syaratnya mesti ada mesin ATM Maybank semasa nak buat urusan tu. Nak mudah, masukkan no telefon sendiri.

4. Langkah seterusnya, pilih jumlah wang yang anda nak keluarkan. Ada pilihan RM100, RM200 dan RM300 sahaja.

5. Kemudian akan keluar summary. Kalau okay anda boleh tekan ‘agree & request TAC”

6. Bila sudah selesai kita buat langkah-langkah di aplikasi Maybank2u. Pihak Maybank akan menghantar sms kepada no telefon yang anda letakkan tadi.

7. Anda akan menerima 16 digit atau 17 digit no transaksi dari sms Maybank. Pastikan sms dari Maybank ya.

8. Okay langkah seterusnya pastikan anda sudah berada di mesin ATM Maybank, pilih bahasa, tekan ‘Pengeluaran Tanpa Kad’. Semasa anda buat langkah tu, terus tengok sms dan masukkan 16 digit atau 17 digit no transaksi. Kemudian tekan ‘Ya.

9. Terakhir anda akan menerima sms ‘6 Digit’ Pin. Tengok pada sms 6 digit pin tersebut dan masukkan no pin tersebut pada ATM dan tekan ‘Ya’

10. Selesai, anda berjaya keluarkan duit tanpa guna kad ATM.

Selepas ini, tiada masalah lagi , sekiranya anda terlupa nak bawa kad ATM. Mudah sahaja, boleh keluarkan wang dengan hanya mengikuti langkah-langkah yang di kongsikan tadi. Cara ini sangat membantu sekiranya anda memerlukan wang tunai dalam kecemasan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close