no comments

Jual Nasi Lemak Laku Keras, Mat Salleh Ini Kongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap

Nasi lemak merupakan menu yang menjadi trademark kepada negara Malaysia. Ianya sudah menjadi satu hidangan yang menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia, mana tidaknya, dengan nasi yang beraroma dihidang pula dengan telur rebus, bersama ikan bilis dan kacang yang rangup dan dilengkapi dengan sambal yang menepati citarasa orang Malaysia. Menu ini akan menjadi menu pilihan utama sarapan di waktu pagi..

Apa yang menarik, menu ini juga terkenal dalam kalangan negara luar. Pasti anda tidak akan menyangka, seorang lelaki berbangsa inggeris atau biasa disebut Mat Salleh boleh menghasilkan sebuah resepi sambal dengan kaedah yang tepat dan lazat. Dengan mengetahui resepinya, sesiapa pun boleh memasak sambal yang sedap. Pemuda yang berasal dari Amerika Syarikat ini menjual Nasi Lemak dan telah berjaya menghabiskan jualan nasi lemaknya dalam masa 2 jam sahaja. Jom kita ikuti perkongsian beliau

Michael White adalah seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat, beliau telah berumah tangga dengan seorang wanita di Malaysia, beliau telah berhijrah ke Malaysia dan berusaha membuka sebuah restoran.

Michael mula mendapat idea menjual nasi lemak selepas restorannya sedang dalam proses pengubahsuaian. Disebabkan proses ubah suai mengambil masa beberapa bulan dan beliau dalam yang sama ingin mengisi masa lapang, maka beliau telah terdetik untuk menjual hidangan popular rakyat Malaysia itu. Beliau memulakan tindakannya dengan membuka sebuah gerai kecil yang terletak di harapan pintu masuk TTDI Park Kuala Lumpur.

Michael White berkata, dia mula tertarik hati dengan hidangan Malaysia apabila isterinya telah membacanya semasa di Malaysian Embassy Washington DC, disitu beliau berpeluang untuk merasai hidangan dari Malaysia.

Sekali dia rasa, beliau cukup kagum dengan hidangan Malaysia. Dengan menampilkan pelbagai budaya, membuatkan White semakin tertarik dan minat dengan hidangan negara Malaysia.

Mat Salleh itu telah berkongsi tips untuk menghasilkan sambal nasi lemak yang sedap, tambahan beliau lagi, Michael White tidak keberatan untuk berkongsi rahsia menyediakan sambal nasi lemak yang cukup lazat. Menurut beliau, selain ramuan yang digunakan, teknik masakan juga memainkan peranan penting. Kaedahnya ialah menggunakan air panas untuk merendam cili kering. Kemudian beliau menasihatkan untuk simpankan air tersebut dan akan digunakan kemudian pada langkah seterusnya. Biasanya orang pergi buang sahaja air tu tapi sebenarnya ia masih boleh digunakan sebagai cara untuk menyedapkan lagi sambal itu.

Selepas itu, Mat Salleh ni juga berkongsi bahawa dia menambahkan dua rempah ekstra, namun ianya dirahsiakan apakah rempah tersebut.

Hasilnya menjadikan nasi lemak ini lengkap dengan rasa yang sungguh unik dan sedap. Tidak disangka, Mat Salleh ini dapat menjualnya dengan pantas dan sangat laku keras. Dalam masa dua jam sahaja, terus habis. Jadi kita beranggapan ia memang benar-benar sedap dan mempunyai rasa yang unik.

Perkongsian Mat Salleh ini cukup membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia, kerana ianya tidak sengaja dapat mempromosikan hidangan kegemaran negara ini di peringkat antarabangsa. Walaupun beliau bukanlah warganegara Malaysia, namun perkongsian dan usaha beliau harus dipuji. Dengan komitmen dan kesungguhan menghasilkan menu yang berkualiti, tidak mustahil ianya mampu menambat hati pelanggan walaupun ianya dimasak oleh orang bukan Malaysia.

Hari ini kita dapat melihat, ramai yang berniaga nasi lemak tetapi jualannya tidak laku, salah satu faktornya kerana menu yang disediakan tidak kena dengan tekak pelanggan, para peniaga harus belajar sesuatu dari perkongsian ini, hasilkan resepi yang lazat, barulah jualan boleh habis setiap hari.

Reply