BENARKAH TAN SRI JINS SHAMSUDDIN MENINGGAL DUNIA?
BENARKAH TAN SRI JINS SHAMSUDDIN MENINGGAL DUNIA?
Dikhabarkan pelakon veteran, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin telah meninggal dunia sebentar tadi.
Berita kematian Tan Sri Jins Shamsuddin ini disampaikan menerusi facebook pelakon Mustapha Kamal.
… إنالله وإنا اليه راجعون
SALAM TAKZIAH BUAT SEMUA AHLI KELUARGA SENIMAN AGUNG KITA..ALLAHYARHAM TAN SRI JINS SAMSUDDIN.. PERGINYA SEBUTIR BINTANG YG HEBAT DIBIDANG PERFILEMAN NEGARA DI PAGI YG MULIA INI..SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA2 ORG BERIMAN.. AAMIIN…
Bagaimanapun, pelakon itu kemudiaannya memuatnaik status yang menafikan kematian Tan Sri. Jins Shamsuddin dan memohon maaf diatas kekhilafan itu.
” Saya terima beberapa message mengatakan salam takziah.. Jadi Nawaitu saya sekadar memaklumkan pada yang lain agar sama-sama sedekahkan pada yang telah tiada.
Berita kematian Tan Sri. Jins Shamsuddin adalah TIDAK BENAR!
Menerusi laporan Berita Harian, anak bongsu kepada pelakon veteran itu, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga. “Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral.
Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar. “Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu.
Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul,” katanya. Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu. “Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang,” katanya.
Tan Sri. Jins Shamsuddin sebelum ini menderita penyakit Alzheimer sejak empat tahun lepas.
Tan Sri. Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935, yang kini berusia 80 tahun dan berjaya menjadi pelakon atas bimbingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada sekitar 50-an dan 70-an. Antara filem lakonannya mendapat tempat dihati penonton, ialah Bukit Kepong yang memegang watak sebagai (Sarjan Jamil Md Shah).
Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dari Hudzaifah ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan masuk surga orang yang suka menebar fitnah.” Allah SWT menempatkan dosa membuat fitnah lebih daripada membunuh. Firman Allah: “… fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan …” – Surah al-Baqarah, ayat 217.
Insafi diri.. Semoga si pereka cerita ini segera bertaubat dan diampuni didosa-dosanya oleh Allah swt.