no comments

Kau Jangan Perasan Bagus Sangat, Bɛrlagak Duduk Dalam Kereta Taknak Campur Orang Langsung – Zarina Zainuddin

Bukan sahaja dunia pekerjaan biasa yang wujud kelompok senior dan junior dalam sesebuah organisasi syarikat. Malah dunia seni juga turut wujud kelompok yang sama dalam satu set penggambaran dimana sepatutnya dua golongan ini harus bekerjasama semasa bekerja dan diluar waktu bekerja

Pelakon Senior Zarina Zainuddin telah meluahkan rasa kecewanya kepada sesetengah artis baharu yang menunjukkan sikap sombong dan kru produksi penggambaran termasuk pelakon senior.

Melalui video yang telah dimuatnaik di laman youtube, Zarina, 49 itu telah menasihati secara khusus kepada pendatang baharu dalam industri seni tanah air supaya menunjukkan rasa hormat kepada kru dan para pelakon yang lebih senior.

“dalam kita buat kerja shooting ni, kita adalah sebuah family besar, jadi tak boleh sombong-sombong, bawa diri asyik menyendiri je,

“Jangan nak berlagak sangat, duduk dalam kereta, menyendiri, sampai tak bercampur dengan orang langsung, sampai masa makan pun tak nak campur.

“kau kena ingat, bukan selamanya di atas, satu hari nanti, kalau kau dekat bawah barulah kau nak terhegeh-hegeh dekat orang lain, baru sibuk nak tegur-tegur orang, masa tu orang pun dah tak layan kau, ujar Zarina yang merupakan seorang ibu kepada dua anak istimewa.

Pada masa yang sama, Zarina turut menyatakan pujiannya kepada pelakon terkenal Mira Filzah yang cukup pandai membawa diri semasa di set penggambaran serta menghormati pelakon yang lebih berpengalaman.

Zarina yang pernah berlakon dalam filem Sejoli ini turut menyifatkan Mira Filzah sebagai seorang artis baharu yang pandai menjaga diri dan rendah diri dengan bercampur dengan semua kru semasa berada di set penggambaran.

“Tapi ada jugak pelakon yang pandai hormat orang walaupun namanya dah cukup besar macam Mira Filzah, dia ni cukup pandai jaga diri, pandai menghormati orang, pandai bercampur dengan orang.

“Dengan orang tua pun dia hormat. Kalau berada di set penggambaran, Mira tahu aje ada pelakon lama dekat set, dia sendiri yang akan cari, bukan kita yang pergi cari dia. Kongsi Zarina.

Tambah Zarina lagi, buat artis baharu yang sedang meningkat popular sekarang dinasihatkan untuk tidak bersikap sombong dengan kru dan orang sekeliling.

Zarina turut menasihati agar mereka yang bergelar pelakon baharu ini perlu pandai membawa diri demi menjaga nama baik sendiri sekiranya mahu kerjaya bertahan dalam industri seni tanah air.

“Nasihat saya buat pelakon-pelakon baharu di luar sana, janganlah diva-diva sangat la.

“Jangan perasan ye, kau jangan perasan diri bagus sangat.

“Kita dalam industri seni ni, kena pandai bawa diri, kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi kau berlakon sebab takde banyak perangai dan tak banyak kerenah yang menyusahkan orang lain, kata Zarina lagi.

Pelakon senior Zarina Zainuddin ini memulakan kariernya sebagai pelakon pada tahun 1989 setelah menyertai rancangan pertandingan pencarian wajah dan telah memenangi tempat yang ketiga.

Beliau telah menjayakan filem pertamanya yang bertajuk Sumpahan Berdarah yang diterbitkan pada tahun tersebut. Antara filem lain yang melibatkan Zarina adalah Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015).

Zarina turut menjayakan banyak drama seperti Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hari Yang Ku Curi.

Nasihat yang diberikan oleh beliau kepada para pelakon baharu yang baru nak bertapak dalam industri perlulah diambil iktibar supaya kita sentiasa ingat, bukan selamanya kita akan berada di atas. Sampai masa kita akan berada dalam keadaan sukar dan perlukan pertolongan orang lain. Namun dengan menjaga diri dan bergaul dengan oranglah akan membuatkan kita akan sentiasa dicari dan disenangi oleh mana-mana syarikat produksi.

Reply