Jangan Lupa Bawa Dokumen Ini Untuk Terima Bantuan Awal Persekolahan
Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah atau yang bakal memulakan persekolahan untuk tahun ini 2023. Bermula minggu ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.
Beberapa kriteria diperlukan untuk murid mendapat bantuan ini. Antara kriteria-kriteria adalahh murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Info di bawah menerangkan kepada anda beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa penjaga adalah:
1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
2) Sila bawa bersama:
Sijil lahir/kad pengenalan murid
Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
3) Hanya murid yang berwarganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.
4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
5) Jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini, sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
6) Fasa 1 akan diserahkan pada tarikh seperti berikut:
16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 kepada semua murid.
Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Diharap dengan bantuan dari kerajaan Malaysia ini dapat membantu meringankan beban buat ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Sebagai info tambahan, jika ada yang masih tidak tahu, bantuan ini diberikan kepada semua murid yang akan memulakan persekolahan untuk tahun 2023. Ianya tidak melihat berapa pendapatan ibu bapa penjaga itu. Ianya diberikan kepada semua tidak kira taraf atau tahap pendapatan.