Beberapa hari ini nama Rashid tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman sosial.
Semuanya gara-gara istilah dan hashtag #jadilahsepertirashid, dalam kartun-kartun nasihat yang kini memenuhi timeline baik di Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Rashid merupakan watak kartun yang direka untuk memberi nasihat berhubung isu semasa dan kehidupan.
Watak kartun Rashid diinspirasikan daripada kartun Bill, yang popular dengan frasa #belikebill.
‘Jadilah Seperti Rashid’ ianya lebih menerapkan tema setempat, bertujuan memberi nasihat dan menyampai mesej berhubung isu semasa dan kehidupan.
Sebuah akaun Facebook ‘Jadilah Seperti Rashid’ telah diwujudkan, dengan jumlah like hampir 100,000, walaupun baru semalam diwujudkan.