no comments

Sadisnya… Isteri Pertama Akan Diceraikan Angkara Kedatangan Izreen Azminda?

Setelah 5 tahun mendirikan masjid (rumahtangga), pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude, akan melafazkan talak cerai terhadap isteri pertamanya Intan Liana Saleh selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini.

Rumahtangga mereka dikatakan sukar untuk diselamatkan lagi selepas enam bulan hidup bermadu kasih dengan pelakon terkenal, Izreen Azminda.

Suami berusia 30 tahun itu diwakili peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Intan Liana, (defendan) pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mereka diberikan masa dan ruang berbincang mengenai perkara itu. Hakim Syarie kemudian menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, Intan Liana bagaimanapun tidak diwakili peguam.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Mohd Zaidi menjelaskan antara alasan perceraian anak guamnya dengan Intan Liana adalah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Ude bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu dan hanya mengunci mulut apabila di asak oleh wartawan.

 

Sementara itu, Intan Liana yang hadir ditemani keluarga berkata, dia akur dan reda dengan lafaz cerai yang akan dibuat Ude kelak.

“Saya reda dengan lafaz (cerai) Ude nanti. Bersedia atau tidak, saya terpaksa terima.

“Sebelum ini kami tak pernah berbincang apa-apa, kalau berjumpa pun sebab anak.

“Saya masih sayang pada dia. Saya tak tahu apa salah saya,” kata Intan Liana yang mengakui Ude adalah seorang suami dan bapa yang baik.

Intan Liana juga memberitahu mereka tinggal berasingan sejak November tahun lalu.

Mereka pada dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3tahun, dan Ariq Muqri, 1tahun hasil pernikahan pada 1 Mac 2013.

Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen Azminda membuat pengakuan terbuka, dia sudah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas itu sejak 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara.

Sebelum ini, Izreen Azminda mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 tetapi berpisah dua tahun kemudian.

Mstar, HarianMetro

Reply