Isteri Bergurau Hadiah Kek Batu Nisan Kepada Suami, Akhirnya Menyesal Tak Sudah
Tiba sahaja tahun baharu, sudah menjadi satu trend kepada mana-mana individu yang ingin berkongsi ucapan atau menonjolkan apa yang telah berlaku kepada mereka sepanjang tahun tersebut.
Ada yang berkongsi cerita gembira dan ada juga cerita duka. Dalam masa yang sama bagi mereka yang berkongsi inspirasi, ada yang menceritakan kejayaan serta azam yang ingin dicapai untuk tahun baru ini.
Seorang wanita yang merupakan isteri dan ibu ini juga ada kisahnya yang tersendiri. Dia telah berkongsi mengenai kisahnya yang telah kehilangan suami pada 13 Januari 2022. Kenangan dukanya itu akan menjadi ingatan yang tidak dapat dilupakan olehnya sampai bila-bila.
Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak menyangka gurauannya yang menghadiahkan kek dengan susunan punting rokok dan batu nisan diatasnya menjadi realiti.
“Siapa suruh letak kuburr sebagai hiasan atas kek tu, kan dah betul-betul dekat kuburr (suami meninggal dunia) kongsinya dalam satu video yang telah dimuatnaik.
Apabila diteliti pada video yang telah dikongsikan dalam akaun Tiktoknya, gambar kek yang telah diberikan kepada suaminya itu dihiasi dengan replika sekotak rokok dan dua buah batu nisan.
Walaupun guraun itu hanyalah secara kebetulan, namun wanita tersebut berterusan rasa bersalah kerana niatnya hanyalah memberikan peringatan kepada suaminya supaya berhenti merokok.
“Maafkan sayang. Niat hanya nak minta berhenti merokok”, kongsinya di ruangan kapsyen.
Dalam masa yang sama juga, wanita itu turut berkongsi kisah tentang kehamilan anak pertama mereka berdua pada bulan Januari lalu setelah 9 bulan mendirikan rumah tangga.
Kongsi wanita itu, dia juga ada masalah cyst, suamilah insan yang paling gembira selepas mendapat tahu berita kehamilannya. Itulah saat paling gembira buat mereka berdua. Namun Allah lebih mengetahui hakikat sebenarnya.
Keadaan menjadi lebih pilu apabila suaminya itu seakan-akan dapat tahu bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri dan anak. Suaminya sempat menitipkan pesanan.
Menurut wanita itu, suaminya meminta supaya dia membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik swasta semasa mereka membuat imbasan ultrasound di Klinik Primer Lembah Sireh Dr Siti Sabariah Ismail, Kota Bharu Kelantan.
Detik sedih dan menjadi sejarah hitam dalam hidupnya bermula apabila suami terpaksa ditidurkan pada 8 Januaru kerana demam berpanjangan dengan peningkata suhu sehingga 40 darjah celcius. Keadaan itu berlarutan selama dua minggu.
Wanita itu juga ada menunjukkan gambar anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan pada 8 Ogos.
Majlis aqiqah untuk anak perempuannya itu telah diadakan oleh keluarga arwah suaminya sempena menyambut kehadiran insan baharu pada bulan Disember baru-baru ini.
“Family Ayah (keluarga suaminya) telah buatkan aqiqah untuk anak kita. Tunaikan janji ayah.
“Tapi ayah ada berjanji nak bersanding dengan mummy dan baby masa aqiqah nanti, tapi ayah tipu” luahnya yang terlalu sedih dengan kehilangan suami.
Perkongsian isteri yang pilu ini berakhir dengan gambar anaknya yang sedang dipegang oleh salah seorang ahli keluarga ketika menziarahi kubur arwah.
Kubur suaminya itu baru sahaja selesai proses baik pulih setelah mengalami kerosakan kesan daripada banjir tempoh hari.