no comments

ISRAEL TAKUT KENA BOIKOT

ISRAEL TAKUT KENA BOIKOT.jpg

Dalam keghairahan membedil Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk keluaran mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan. Susulan ancaman daripada beberapa negara termasuk Britain, Beliau mengadakan mesyuarat kabinet tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

AS mengancam untuk memboikot produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin gagal. Kesatuan Eropah (EU) turut menyatakan pendirian yang sama terhadap Israel.

Jika negara di seluruh dunia bersetuju untuk memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya. Israel berkemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan.

Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid berkata, jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

Reply