no comments

“Instant Article” di Fesbuk Akan Ditamatkan, Mungkin Anda Kena Bayar Lebih Untuk Ini

Jika anda antara penggemar aktiviti membaca artikel di facebook melalui laman web, mungkin berita ini sesuai ditujukan kepada anda. Instant Article Facebook akan ditamatkan.

Makluman terkini dari pasukan Meta Facebook, mereka akan menghentikan akses pembacaan terhadap “instant article”. Sebelum ini anda boleh membaca pautan website menggunakan kemudahan instant article yang membolehkan pembaca membaca artikel dengan pantas.

Instant article facebook ditamatkan

Ia masih dapat digunakan sehingga sekarang tetapi bakal ditamatkan menjelang April 2023.

Bagi anda yang belum mengetahui lagi mengenai fungsi “instant article” ini, ciri ini disediakan menggunakan perisian html facebook sendiri. Ketika facebook melancarkan kemudahan ini, Facebook menjanjikan pembaca boleh masuk pada pautan 4 kali ganda lebih pantas berbanding ke pautan website biasa.

Malah apa yang lebih menarik untuk pengguna, ianya lebih menjimatkan penggunaan data internet pengguna yang melayarinya.

Kemaskini terkini, selepas penggunaan instant article ini ditamatkan, pengguna boleh membaca artikel melalui pautan asal penerbit kandungan.

Melalui website, para pembaca mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk akses ke laman penerbit kandungan bergantung kepada sejauh mana tahap kelajuan website keluar dan data internet pengguna.

Kos data internet sudah pasti semakin meningkat apabila ianya melibatkan penggemar aktivit pembacaan di media sosial seper Facebook.

Pengalaman peribadi penulis, membaca artikel menerusi instant article adalah lebih seronok kerana ianya dapat dipapar dengan cepat dan ringan. Saya juga tidak perlu keluar dari facebook selepas klik pada pautan instant article.

Jurucakap pasukan Meta Facebook, Erin Miller menyatakan bahawa, kurang dari 3% pengguna pengguna facebook yang melihat arikel berita pada paparan feed Facebook.

Mereka tidak mahu melabur lebih banyak kepada perkara yang tidak menjadi pilihan pengguna.

Pengumuman instant article facebook ditamatkan ini memberikan masa kira kira 6 bulan kepada penerbit kandungan untuk bersiap sedia untuk menggantikan dengan alternatif lain bagi menggantikan instant article.

Walaubagaimanapun, penerbit kandungan ridak perlu risau , kerana pembaca di Facebook masih boleh membaca kandungan anda menerui pautan ke laman web anda.

Namun selepas ini,penerbit kandungan perlu mencari kandungan yang lebih menarik untuk menarik pembaca membaca kandungan mereka.

Reply