no comments

Innalillahiwainnailayhiraji’un.. Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailayhiraji’un.. Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia

Muhammad Syahid, 4 tahun iaitu anak kepada ketua kumpulan nasyid popular UNIC, meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur akibat kanser Limfoma.

Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan Osman, 33, menerusi akaun instagramnya memaklumkan mengenai pemergian anak sulungnya itu.

“Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…,” katanya dalam status terbarunya di instagram hari ini.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Anak Bazli yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013.

Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.

Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.

Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini, Muhammad Syahid telah dihadiahkan sepasang baju orang berwarna hijau gelap orang ramai untuk dipakai pada 1 Syawal nanti.

“Terima kasih pada tuan yang budiman menghadiahkan Muhammad Syahid hadiah. Moga Muhammad Syahid lekas sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bazli turut berkongsikan video berdurasi 48 saat mengenai kenangannya membaca al-Quran bersama Muhammad Syahid.

“Syahid.. Ayah akan rindu nak baca al-Quran dengan Syahid lagi nak,” katanya.

Utusan Online

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Reply