no comments

Innalillah… ‘Makcik Bawang’ Kak Nurin Sudah Tiada…

Pelakon Nurin Misha atau nama sebenarnya Nor Amisah Abdullah dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Figura yang sering membawa watak ibu dan makcik ‘bawang’ ini meninggal dunia di usia 52 tahun.

Arwah yang juga rakan baik Allahyarham, Numan Salleh memberitahu Nor Amisah meninggal dunia pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh.

Kata Norman lagi, Nor Amisah yang lebih mesra dengan sapaan Kak Nurin meninggal dunia disebabkan penyakit asma yang dihadapinya.

“Ada yang kata ibu kepada Nurin yang meninggal tetapi tidak… Memang dia yang meninggal dunia dan saya boleh sahkan perkara itu.

“Salah faham berlaku disebabkan anaknya yang menjawab mesej telefon arwah dan timbul salah faham,” katanya.

Sementara itu, Norman berkata, jenazah Allahyarham kini berada di Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh untuk solat jenazah sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.

Dalam perkembangan sama, Persatuan Seniman Malaysia memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut anaknya, Allahyarham tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan suami dan lima orang cahaya mata.

Nor Amisah memulakan karier sebagai pelakon tambahan dan sejak itu dia banyak membintangi drama dan filem tempatan. Drama rantaian lakonannya, Cinta Tiada Ganti kini sedang ditayangkan di Astro Prima. Lakonannya yang bersahaja dan ‘real’ membuatkan ramai penonton sinonim mengenali arwah.

Reply