INILAH WAJAH ‘IBU TIRI SETAN’ YANG MENDERA BUDAK 5 TAHUN SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG…!!!
INILAH WAJAH ‘IBU TIRI SETAN’ YANG MENDERA BUDAK 5 TAHUN SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG…!!!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, selepas didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.
Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya.
Difahamkan, kanak-kanak itu dijaga oleh bapa kandungnya selepas ibu bapa mangsa bercerai sejak tahun 2013.
Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bermaya selain dipenuhi kesan parut di tubuh badan, termasuk parut lama.
“Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini,” kata Sana Abd Malek.
Sana terkejut melihat keadaan anaknya yang kelihatan cekung dan dalam kesakitan.
Difahamkan, kali terakhir Sana bertemu dengan anaknya pada Ramadan tahun 2014, setelah bekas suaminya tidak membenarkan Sana bertemu dengan mangsa.
“Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badannya dan luka di kepala. Doktor juga memaklumkan anak saya turut patah tulang belakang,”
Penderitaan Yaya itu hanya diketahui oleh ibu kandungnya setelah mangsa di Rantau Panjang pada Rabu lalu. Sana menjelaskan, isteri kepada bekas suaminya itu telah menghubunginya dan meminta untuk mengambil Yaya kerana mereka sibuk bekerja.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya didera.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes terbabit disiasat 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung mangsa,
____________________________________________________________
Sementara itu, seorang individu (dipercayai ibu saudara) tampil mendedahkan wajah ‘ibu tiri setan’ itu menerusi akaun facebooknya hari ini.
Suspek telah melarikan diri bersama suaminya dan gagal dikesan. Mohon kepada semua untuk sebarkan gambar ini bagi memudahkan kerja polis memberkas suspek.